Pages

Thursday, 26 January 2012

KERABU PUCUK PAKU n PERUT

Sedapnya kerabu ni...
BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
400gm perut lembu - direbus sampai masak
Sebiji bawang besar - dimayang nipis-nipis
garam dan gula secukup rasa
jus limau nipis secukupnya
kerisik kelapa secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT ATAU DIKISAR :

3 biji cili merah - blh tambah kalau suka pedas
1-2 inci belacan bakar
2 inci halia
1-2 batang serai

CARA MEMASAK :

Bersihkan pucuk paku dan ambil daunnya saja . Rebus air dan celur pucuk paku sehingga masak kemudian ditos dan ketepikan dulu . Perut direbus sampai masak dan dipotong kecil dan diketepikan dulu.

Tumbuk lumat semua cili merah dgn belacan , halia dan serai  . Masukkan bahan tumbuk kedalam bekas yang sesuai kemudian gaul semua bahan dgn pucuk paku , bawang besar , perut lembu , garam / gula , jus limau nipis dan kerisik .Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra dan rasa jelatah jika ada bahan terkurang boleh la ditambah lagi . Kalau suka pedas boleh ditumbuk hancur beberapa biji cili api dan dicampur dalam adunan kerabu ni .

Bahan-bahan kerabu yang sudah boleh digaul bersama..


Kerabu ni seeloknya disediakan sejam sebelum dimakan supaya semua bahan cukup mesra baru la sedap dimakan..

6 comments:

  1. blog masakan! best2

    btw, mbalas kunjungan anda di sini sambil2 follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya singgah sini n follow

      Delete
  2. sedap kerabu pucuk paku.Tapi biasa pasangannya taugeh

    ReplyDelete
  3. mmg sedap kerabu pucuk paku , sekali sekala tukar pula pasangannya masih sedap kerabu ni

    ReplyDelete