Pages

Monday, 23 January 2012

PARU GORENG BEREMPAH


BAHAN-BAHAN :

1 kg paru lembu
Air asam jawa secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN REMPAH DIKISAR :


1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis


* semua rempah ni digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuk atau dikisar kasar

BAHAN DIKISAR atau DITUMBUK :

5 biji cili kering - kalau nak pedas tambah la lagi
5 biji cili merah
8 biji bawang merah

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing .

CARA MEMASAK :

Bersihkan paru dan rebus sehingga masak dan boleh ditos serta ketepikan dulu bagi paru sejuk . Potong paru ni nipis-nipis dan digaul dgn semua rempah , garam , kunyit dan 1 biji bawang besar yang dikisar . Perap paru ni selama 1-2 jam . Goreng paru sehingga masak kemudian ditos dan ketepikan dulu .


Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan air asam jawa , gula dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum .

Masukkan  paru yang digoreng tadi dan masukkan garam/gula secukup rasa . Kacau bagi semua bahan mesra dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur.


Paru yang digaul rata dengan bahan rempah , kunyit , garam dan bawang .


Paru yang sudah direbus dan boleh dipotong kecil-kecil .

5 comments:

  1. salam kak nannie....mesti cuba nihh, nanti saya buat pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm Mat ,
      cuba ya mmg sedap ni Mat ubah suai la resepi ikut citarasa Mat :)

      Delete
  2. Sedapnye kak... bile la nak jumpa paru di Peru ni... alahai...

    ReplyDelete
  3. marya , mmg sedap paru ni kat Peru tak ada paru ya mmg kena tunggu balik sini la baru dpt rasa sambal paru ni ya

    ReplyDelete