Pages

Friday 16 December 2011

MASAK LEMAK PUCUK MANIS n LABU

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat , saya kembali bersiaran selepas berehat sebab tak sihat . Seminggu saya batuk dan selsema , kepala ni berat dan mengantuk saja . Alhamdulillah hari ni saya rasa semakin sihat dan semoga saya dapat sihat sepenuhnya dalam masa terdekat ni , amin. 

Selera makan saya agak menurun bila badan tak sihat so selama beberapa hari tak sihat ni saya masak menu yang simple saja atau kami makan di luar saja . Juadah labu masak lemak bersama pucuk manis ni saya masak untuk makan tengahari semalam . Juadah masakan simple dari dapur saya walaupun hidangan ni ringkas tapi cukup menetapi selera kami sekeluarga , syukur alhamdulillah untuk rezeki kami ni....

BAHAN-BAHAN :

1 ikat sayur pucuk manis - ambil daun saja
Labu kuning secukupnya
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat - boleh ditambah
Air secukupnya
Segenggam ikan bilis - dibasuh

* Kalau kuah terlalu pekat boleh ditambah sedikit air . Jika kuah sedikit boleh ditambah lagi santan .

CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur pucuk manis dan potong buah labu menjadi kiub kecil . Kupas semua bawang dan dimayang nipis serta bersihkan ikan bilis .

Masukkan santan , ikan bilis , labu kuning serta bawang ke dalam periuk dan masak sehingga kuah mendidih dan buah labu agak empuk . Masukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga rata , boleh la dimasukkan semua daun pucuk manis dan dikacau rata semua bahan . Bila sayur pucuk manis dah masak boleh la ditutup api dapur.

Hidangan ringkas macam ni memang kegemaran kami sekeluarga . Saya nak masak pun senang hehe , ikan goreng pelengkap hidangan bersama masak lemak labu pucuk manis dan sambal tomato , berselera makan nasi.....

Labu manis yang sedap dimasak sebagai sayur atau pun dimasak menjadi juadah manis seperti pengat , kuih talam , pie dan sebagainya . Sayur pucuk manis ni memang antara sayur kegemaran saya cuma saya jarang masak sayur pucuk manis ni sebab prose nak leraikan helaian daun yang agak lama tapi kalau dah mengidam nak makan saya beli juga sayur ni dan masak . 

5 comments:

  1. Salam kak nannie. Sy dah follow blk blog akak. BTW, tima kaseh sbb sudi follow blog sy. Blog akak sgt best. Memula masuk je td sy dh terpaku tgk laukpauk yg super gojes. Hehehe... Suma lauk2 kampung yg smemangnya kena sgt ngn tekak org kmpung mcm sy ni. Ttba jdik rindu ngan masakan mak d miri. Aduuuhhh...Nyum,nyum,nyum...Terliur dh sy ni dek krna masakan akak....heheee...

    ReplyDelete
  2. suka masak nie...

    labu n sayur ja mkan..kuah xmakan..kureng skit :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya nanie...biasa liza letak keledek kuning, tp mmg best la pucuk manis ni, mkn pulak ngan sambal belacan....pergggghhh meletop...hihihhih

    ReplyDelete
  4. to Taty ,
    terima kasih ya sebab taty sudi singgah blog akak ni . Blog akak ni simple saja dan resepi yg akak masak pun yg mudah nak dimasak . Ye ke ala kesian cepat2 call mak di Miri tu ya . datang la lagi sini dear..

    to Onitasuka,
    sama2 la akak pun suka menu simple macam ni

    to Liza,
    sama la liza , nannie pun selalu masukkan keledek kuning cuma kali ni tukar ke labu pula , mmg sedap meletop letop la hihihi

    ReplyDelete