Pages

Saturday, 24 December 2011

PISANG & CEMPEDAK GORENG sedap..

Pisang dan cempedak ni saya masak petang semalam , saya dapat idea nak buat bancuhan untuk goreng pisang ni lepas tengok satu rancangan masak di TLC dulu cuma nama rancangan masak tu saya dah lupa yang saya ingat dalam rancangan masak tu hostnya seorang chef perempuan akan travel serata negara cuba makan masakan tempatan dan dia masak juga . Masa episod chef ni di negara Thailand dia ada makan pisang goreng bijan yang dia beli dari gerai tepi jalan . Bancuhan untuk pisang goreng ni dimasukkan santan kelapa dan bijan . Chef tu cakap pisang goreng tu sedap sangat dan ranggup saya yang tengok masa tu pun jadi terliur la ishhh mesti nak cuba masak tapi saya ni jenis bersemangat nak masak time tengok rancangan masak tu saja lepas dah habis tengok saya jadi lupa atau pun kadang-kadang jadi malas sebab kalau nak makan pisang goreng saya suka beli yang ada dijual kat gerai saja hehehehe

Tapi semalam saya rasa macam nak cuba juga goreng sendiri pisang dan buah cempedak sebab cempedak goreng yang dijual kat area rumah saya ni pun mahal la 5 biji cempedak goreng yang kecil harga sampai RM1 ishh ishhh so semalam masa balik dari market saya singgah beli buah cempedak yang baru harga RM4 sekilo dan saya beli sebiji yang agak besar baru harga RM4.40 . Balik rumah terus saya belah buah cempedak dan walaaaaa isi buah cempedak ni besar lepas tu isinya manis . Saya cukup puas hati dapat masak sendiri pisang dan cempedak goreng ni sebabnya resepi saya bancuhan ikut selera sendiri lepas tu yang pasti saya guna minyak masak yang baru bukan yang dah lama di ulang guna banyak kali dan paling utama terjamin kebersihan juadah yang saya masak ni . Itu la kelebihan bila kita masak sendiri - kebersihan terjamin dan kita masak dengan penuh kasih sayang untuk insan-insan yang kita sayang kiranya cook with passion la...

Resepi untuk bancuhan pisang goreng ni saya buat sendiri pakai agak-agak je so kalau ada sesiapa yang nak cuba sila la ubah suai resepi ni ikut pada selera masing-masing ya..


BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 cawan santan
Air sejuk secukupnya
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
Bijan secukupnya

Boleh ditambah atau dikurang bahan-bahan ikut pada citarasa sendiri

CARA MEMASAK :

Masukkan semua tepung beras dan gandum dalam bekas yang sesuai kemudian dimasukkan garam , baking powder serta serbuk kunyit . Masukkan telur dahulu kemudian santan dan boleh la dikacau , masukkan sikit demi sedikit air sejuk sambil kacau bancuhan ni . Pastikan bancuhan jangan terlalu cair atau terlalu pekat . 

Potong semua pisang dan potong buah cempedak ambil buahnya . Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry . 

Ambil buah pisang dah masukkan dalam bancuhan tadi dan digaul rata kemudian angkat keluar serta boleh ditabur sedikit bijan atas buah pisang yang nak digoreng ni so memang perlu guna kedua-dua belah tangan masak buat kerja ni ya , sebelah pegang buah pisang dan sebelah tangan lagi tabur sedikit bijan tapi kalau nak senang masuk je bijan secukupnya dalam bancuhan tadi .

Terus masukkan buah pisang tadi dalam minyak yang dah panas dan goreng sehingga pisang masak kekuningan . Boleh la diangkat buah pisang yang dah masak dan tos kan dahulu . Kemudian bila pisang dah sejuk sikit boleh la dihidang . 

Cara masak yang sama dibuat pada buah cempedak . Goreng sampai habis semua buah pisang dan buah cempedak .

Yum yum pisang dan cempedak bijan yang baru dimasak dan sudah boleh dimakan . Memang sedap pisang goreng/cempedak ni dimakan waktu pagi atau petang..

Saya cari juga pisang awak tapi tak jumpa-jumpa so saya beli pisang berangan dan buah cempedak ni , sedap la bila dah digoreng . Tips nak senang belah buah cempedak - sapu minyak masak pada semua bahagian bilah pisau dan balut tangan ada dengan plastik . Insyallah senang saja nak belah buah cempedak ni dan getah buah cempedak ni tak melekat pada pisau atau tangan anda , selamat mencuba ya .

Saya suka pisang awak sebab isi nya lembut dan lebih manis selain tu saya suka juga goreng pisang berangan dan pisang abu yang kecil-kecil saja tapi cukup sedap .

4 comments:

  1. assalamualaikum nannie...
    nani datang jalan2 tengok goreng cempedak petang2 ni. terasa lapar pulak, merayap rumah orang tengok apa menu best.. ehehehe.. :)
    ooooo camtu ye nak wat.. nanti nak try gak.. nani save resepi nannie ni ye.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam kak,

    saya dah try buat resepi akak ni. Tapi ada modified sikit. Sedap. Terima kasiih ye kak

    ReplyDelete
  3. wlksalm Jassnani ,
    tq singgah sini ya memang sedap makan cempedak goreng , try la ya

    to mum2h,
    wklsam waa dah try ya sedapkan , ubah la resepi ikut pada selesa sendiri

    ReplyDelete
  4. wah wah, banyak gak isi cempedak tu. kalau kat jb ni gigit jari lah nak dapat harga cempedak camtu. tp anyway bau goreng cempedak memang menusuk kalbu.

    ReplyDelete