Cuti sekolah kali ni saya dengan anak-anak berkesempatan pergi ke Pulau Pinang mengikut suami saya yang out station.....jom tengok gambar masa kami di sana..
Kami baru sampai ke hotel dan anak-anak saya yang excited sebab dah sampai Penang..
Pemandangan awal pagi dari tingkap bilik hotel..cantikkan nampak gunung Jerai..
Pagi-pagi saya dah bawa anak-anak makan sarapan di restoran berdekatan dan lepas tu kami jalan-jalan la sekitar kawasan berdekatan dengan hotel yang kami duduk ni..
Sebelah petang kami sempat ke Batu Feringgi dan singgah untuk makan mee..
Mee goreng dan mee rebus yang sedap di gerai depan Masjid Tanjung Bunga..
Mee goreng yang sedap...
Di masjid baru Tanjung Bunga..
Cantik masjid ni..
Pemandangan tepi pantai bot-bot nelayan kepunyaan penduduk yang tinggal di apartment untuk mangsa tsumani 2004..
Kami singgah ke Padang Kota sebab nak makan rojak pasembur tapi tak dapat jalan-jalan kat tepi laut sebab dah malam..lepas makan terus kami balik ke hotel..
Sotong kangkung
Rojak pasembur
Hari ke 3 kami pergi Padang Kota lagi seronok jalan-jalan di tepi water front kalau cuaca cerah boleh nampak gunung Jerai dari situ..
Pada hari ke 4 kami ke rumah abang saya Dr.Kamal Fasha dan kakak saya Dr.Naimah di Changkat Minden , rumah baru abang saya ni cantik sangat paling saya suka ruang dapur yang luas ni , dalam gambar di atas saya sedang suap Adam makan sambil bersembang dengan kakak saya , bestnya kalau saya dapat dapur macam ni...
Ni kucing kepunyaan anak sedara saya , namanya Milky cukup manja pula Milky kali ni dengan saya selalunya Milky agak susah nak dipegang tapi kali ni Milky nak pula duduk dekat dengan saya , jinak dan manja..
Milky yang comel dan manja..
Insyallah kami akan ke Penang lagi . Cuti sekolah tinggal beberapa hari saja ahamdulillah semua persiapan kelengkapan sekolah anak-anak dah kami beli dan siapkan..terasa cepat sangat cuti sekolah tahun ni isyallah kalau panjang umur dan sihat saya dapat berjumpa dengan bulan Disember 2012 pula..
Salam... Rasanya kali terakhir sy pergi Pulau Pinang thn 2010..pergi audit di sana... tak beli jeruk ke kak...hehee...kakakpar sy pun org penang jgk org balik pulau ;)
ReplyDeletewlksalm Marya ,
ReplyDeletetahun sudah la marya ke Penang , akak tak beli jeruk la . Org balik pulau akak tak pernah sampai ke sana mcm mana la rupa Balik Pulau ya mesti best