Pages

Wednesday, 7 December 2011

DALCA DAGING

Dah lama tak masak dalca so hari ni saya masak nasi tomato bersama dalca dan ayam goreng berempah . Dalca yang sedap dimakan dengan nasi minyak/tomato/beriani dan kalau tak habis dalca ni boleh disimpan serta dipanaskan semula dan boleh dimakan cicah dengan roti canai segera mmm anak-anak saya suka tu..


BAHAN-BAHAN :

300 grm daging lembu batang pinang
1 peket kecil rempah kari daging
4 cawan santan - boleh tambah
1 biji terung bulat
4 biji ubi kentang
1 biji carrot
100 grm kacang dal - direndam sampai kembang .


BAHAN-BAHAN TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
1 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
BAHAN-BAHAN :
500 grm daging lembu batang pinang
5 cawan santan 
2 biji terung bulat
4 biji ubi kentang
2 biji carrot
200 grm kacang dal 

BAHAN-BAHAN TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
1 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 peket kecil - serbuk kari daging
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

BAHAN-BAHAN :
500 grm daging lembu batang pinang
5 cawan santan 
1 peket kecil rempah kari daging
2 biji terung bulat
4 biji ubi kentang
1 atau 2 batang carrot
200 grm kacang dal - direndam 1 jam

BAHAN-BAHAN TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
1 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil . Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus  atau ditumbuk kasar . Bersihkan semua sayur dan di potong ikut saiz yang sesuai . Tos kacang dal yang direndam tadi .

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang dengan halia , kulit kayu manis , bunga lawang , bunga cengkih , buah pelaga . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dengan kacang dal dan daging ke dalam periuk . Biarkan kuah mendidih serta kacang dal menjadi kembang serta daging menjadi empuk . Jika kurang kuah boleh ditambah sedikit lagi santan . Kacau kuah dan masukkan semua ubi kentang dan biarkan sampai ubi kentang masak lembut dan boleh la dimasukkan sayur terung , carrot serta garam secukup rasa . Bila kuah dalca dah masak , boleh la ditutup api dapur .



Bila masak dalca saya hanya suka guna sayur carrot , kentang dan terung saja . Simple dan sedap..

5 comments:

  1. makan dgn roti canai pun best ni..tak pun roti jala..:)

    ReplyDelete
  2. sedapnye dalca daging nie...

    ReplyDelete
  3. to prettywrite,
    ya makan dgn roti canai or roti jala mmg sedap sgt ni :)

    to nurin,
    yum yum mmg sedap

    ReplyDelete
  4. Rempah satu packet 500g ke yg Besar punya?

    ReplyDelete