Pages

Tuesday, 6 December 2011

JUADAH MAKAN TENGAHARI DI TERATAK NANNIE

Menu ringkas yang saya masak untuk saya dan keluarga makan hari ni syukur alhamdulillah . Saya masak gulai cili api pucuk ubi (special request dari hubby yang cuti hari ni ) ikan masin sepat tu pula memang favorite hubby . Sambal tomato tu saya yang teringin nak makan sebab dah lama juga la saya tak buat sambal , saya beli sayur gajus dengan petai untuk dimakan dengan sambal ni . Saya goreng beberapa ekor ikan sardin untuk lauk tambahan . Anak-anak saya memang tak cerewet bab makan macam menu hari ni anak-anak saya makan nasi bersama ikan goreng dan sayur pucuk ubi so bila masak gulai pucuk ubi tu saya kurangkan penggunaan cili api sebab tak mau kuahnya terlalu pedas . Berselera kami sekeluarga makan dengan menu ala-ala desa kampung halaman , sedap la sekali-sekala makan nasi dengan menu ringkas macam ni kan...

Juadah ringkas yang senang nak dimasak dan paling penting sedappp..

Masak lemak pucuk ubi..


BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi - ambil daun saja dan direbus sampai empuk
1 keping asam keping-saiz sedang
3-4 cawan santan pekat - boleh tambah ya
Segenggam ikan bilis - boleh tambah
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

5 biji cili api - boleh ditambah
2-3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

- Rebus semua pucuk ubi sehingga empuk dan boleh la ditos dan diketepikan dulu.


- Masukkan semua bahan tumbuk , ikan bilis serta santan pekat dalam periuk kemudian dikacau supaya cukup mesra dan biarkan kuah hampir mendidih . Masukkan asam keping dan garam , kacau kemudian boleh la dimasukkan semua pucuk ubi . Biarkan kuah memdidih dan bila pucuk ubi dah cukup empuk serta masak baru la boleh ditutup api dapur .

9 comments:

  1. askum kak nani...tk pe kak...masak ringkas la lg sedap sebenarnya...yg penting seisi keluarga suka ye :)

    ReplyDelete
  2. kak nannie ain teringin nak makan ler tgk menu camni.. huhuhu.. nyam nyam

    ReplyDelete
  3. Lauk2 kmpg mcm nie mmg kesukaan sy! Sedapnya!

    ReplyDelete
  4. salam nannie, juadah kampung macam ni yang sedap ni.. laluuuuu je makan.

    ReplyDelete
  5. to koalajepong,
    wlksalm,hihi betul tu masak simple macam ni lagi sedapkan yg penting family suka

    to ain,
    makan-makan ain sedap niii hihi

    to fara ,
    sama la dgn akak mmg suka lauk pauk simple masakan kampung macam

    ReplyDelete
  6. to ibundo,
    wlkslam kak ,ya betul tu kak masakan kampung macam ni buat kita berselera makan kan :)

    to prettywrite,
    memangs edap masak lemak pucuk ubi tu

    to eni ,
    alhamdulillah sedap

    to zue_ra,
    ya pembuka selera yg ringkas dan sedap

    ReplyDelete