Pages

Thursday, 29 December 2011

KUIH CINCIN DARI LABUAN

Selamat sampai kuih cincin yang suami saya minta tolong kawan dia beli kan di Pulau Labuan , kuih favorite saya dan anak-anak ni jenis kuih cincin ranggup . First time saya makan masa suami saya bawa balik dari Labuan bulan September yang lepas . Pada mulanya saya tengok kuih tradisional Sabah/Sarawak ni macam kurang menarik tapi bila saya makan saja krukkk krakkk krukk krakk waaa ranggupnyaa dan rasa kuih ni mmm sedap . Habis saya makan sekeping kuih cincin ni lepas tu saya makan lagi sekeping dan lagi sekeping . Anak-anak pun suka dan sekejap saja satu bungkus kuih ni habis kami anak-beranak makan . Suami saya beli 3 bungkus kuih cincin so saya dan anak-anak makan sikit demi sedikit kuih cincin sampai la habis . Minggu lepas saya terasa macam nak makan kuih cincin ni so saya sampai kan la hasrat keinginan saya tu pada En.Suami dan alhamdulillah suami saya tunaikan pemintaan saya tu , thank you laling...

Ni la kuih traditional dari Sabah dan Sarawak , kuih cincin ranggup . Sedap laaa makan sekeping tak cukup . Isi dalam kuih ni ialah sejenis gula kabung yang terdapat di Sabah/Sarawak , teringin saya nak tengok macam mana kuih cincin ni di masak..

Kotak kiriman kawan suami saya ni sampai petang semalam dan bila dapat saja saya terus buka syukur alhamdulillah ada 3 peket besar kuih cincin kering dan beberapa bungkus kuih cincin yang rupanya macam kuih peneram yang memang ada di Semenanjung . Happynya...



Kotak yang ditunggu-tunggu...terima kasih buat kawan suami saya di Labuan tu

3 comments:

  1. salam nannie...liza pun suka mkn kuih cincin ni, tp anak2 xberapa suka...mmg biskut ni sedap kan..

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan kuih cincin ni

    ReplyDelete
  3. wlksalam Liza,
    sedap biskut/kuih ni rasanya tak la manis sangat tapi cukup kena la dgn citarasa nannie , anak nannie yg sulung suka kuih cuma yg no 2 dan 3 tak suka sangat sbb tak manis kot.

    to MamaEma,
    sedap kuih ni

    ReplyDelete