Hujung minggu baru je meninggal kita dan hari ni mula rutin biasa saya di rumah . Pagi-pagi lagi saya dah mula aktiviti baking , hari ni saya masak scones lemak manis ni . Dah lama saya tak masak scones so pagi ni kami anak-beranak makan sarapan scones untuk sarapan . Saya suka makan scones yang disapu dengan cheese spread sementara anak-anak suka makan scones yang disapu dengan butter dan jam saja , resepi scones ni saya dapat dari SINI iaitu dari website JoyofBaking.com dan saya dah ubahsuai sikit mengikut citarasa kami sekeluarga...
Scones yang disapu dengan butter dan jam... jemput makan scones...
Scone segar yang baru dibawa keluar dari oven , sedap serta cukup lemak manis..
BAHAN-BAHAN :
260 gram tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
25 grm gula
60 gm butter tanpa garam - sejuk
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
90ml cream - dalam kotak
1 biji telur dipukul sikit utk disapu atas scones
*Jika adunan scones macam bederai boleh ditambah sedikit lagi cream . Uli sehingga doh menjadi padat
*Jika adunan scones macam bederai boleh ditambah sedikit lagi cream . Uli sehingga doh menjadi padat
CARA MEMASAK :
-Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna )
-Ayak tepung dengan baking powder , gula serta garam . Kemudian masukkan semua butter sejuk yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan terus ramas-ramas butter dengan tepung sehingga menjadi macam serbuk roti yang berderai-derai . Buat semua ni dengan cepat supaya butter kekal sejuk .
- Dalam bekas yang sesuai satukan telur , esen vanilla dan cream . Kacau semua bahan sehingga sebati .
-Buat seperti lubang di tengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan adunan telur tadi kemudian gaul rata adunan ni dengan senduk , biar semua bahan-bahan cukup sebati . Jangan uli terlalu lama jika adunan melekik letak sikit tepung ditangan/jari-jari . Bila doh dah jadi padat macam sebiji bola masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit .
-Keluarkan doh dari peti sejuk dan terus ratakan doh guna pengelek anggaran 1 1/2 inci tebal dan boleh la guna acuan bulat atau gelas untuk terap doh ni , saya hanya tekan-tekan doh dengan jari dan terus terap guna gelas . Susun adunan tadi atas tray pembakar yang sudah disapu sedikit butter atau minyak sayur . Sapu telur atau susu pada pemukaan adunan scones ni .
-Bakar scones ni selama 15-20 minit pada suhu 180'C atau sehingga scones masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti scones boleh jadi berderai/kering . Bila masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas relai/tray besi .
Saya hanya mengguna gelas biasa untuk tekap adunan scone ni , cara mudah dan cepat .
Adunan yang sudah disapu dengan telur dan sedia untuk dibakar dalam oven..
Salam Kak Nanie..Kalau scone ni dapat makan ngan kopi panas sedap kan...
ReplyDeletesedapnye scones.dah lm xbuat.rajin akk buat bntuk bulat camni,sy terus potong bentuk 3 segi je..:)
ReplyDeleteSedap nampaknye scones ni xpasti pernah mkn ke tak...tp rsnye mcm x pernah..maybe 1 hari nnt boleh try buat ;)
ReplyDeletetak pernah makan pun.. lepas ni nk try buat la scones ni
ReplyDeletesalam... sedap nampaknya
ReplyDeletewlksalam Sue@nennie,
ReplyDeletememang sedap kalau makan scones minum kopi panas
to Kamalia,
hehehe akak pun tekap pakai gelas je
to Marya,
Sedap scones ni Marya try la buat kat Internet ada byk resepi pilih saja
to Syiela,
try la buat insyallah mesti syiela suka
to Panglima Muda,
wlksalam alhamdulillah sedap