Pages

Saturday 15 November 2014

Tumis asparagus sos cream

Ini la cara masak sayur asparagus yang menjadi kegemaran kami sekeluarga especially anak-anak . Resepi sayur asparagus ni saya dapat dari internet dan saya sudah ubah suai mengikut citarasa kami sekeluarga .  Sayur asparagus ni sangat sedap bila diganding kan dengan sos cream dan kepingan ayam meatloaf . Boleh juga di guna daging atau isi ayam untuk mengantikan kepingan meatloaf . Sayur asparagus hanya perlu dimasak sekejap saja supaya kekal ranggup jika terlebih masak akan menyebabkan sayur asparagus menjadi lembik dan dah tak sedap dimakan . Menu ni sesuai dimakan bersama ayam panggang atau daging panggang atau dengan pasta . Masa nak makan boleh juga diperah sedikit jus lemon ke atas sayur asparagus ni .


BAHAN-BAHAN :

40 batang asparagus
5 keping meatloaf ayam 
sedikit daun bawang dan daun sup
sedikit air masak

SOS KEJU :

2 ulas bawang putih
1/2 cawan cream
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaitun 
lada hitam secukup rasa

Kuantiti bahan boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri .

CARA MASAK :

Bersihkan semua asparagus , dipatah buang bahagian bawah yang keras dan ambil bahagian batang yang lembut . Bersih sedikit daun sup dan daun bawang kemudian diracik nipis dan ketepikan dulu 

Kupas kulit semua bawang putih dan di cincang kecil . Panas kan 1 sudu besar butter bersama 1 sudu besar minyak zaitun dalam frying pan dan masukkan semua bawang , goreng sampai bawang menjadi layu dan berwarna kuning keperangan . Masukkan semua daun sup dan daun bawang yang diracik tadi dan kacau semua bahan sampai daun sup/bawang menjadi layu . Terus masukkan semua meatloaf yang dipotong kecil tadi , boleh ditambah minyak zaitun jika frying pan kelihatan agak kering . Goreng meatloaf sampai masak agak garing .

Masukkan semua sayur asparagus dan balik-balik kan sayur asparagus dengan kepingan meatloaf tadi , masukkan sedikit air dan garam/serbuk lada hitam secukupnya kacau semua bahan dan tutup frying pan dengan penutup , perlahan kan api dapur api dapur . Selepas 20-30 saat buka penutup frying pan dan terus tuang cream dan perlahan-lahan kacau semua bahan , rasa sos jika kurang masin baru tambahkan garam . Bila sos dah mendidih cepat tutup api dapur dan terus hidangkan sayur asparagus ni . Boleh ditambah air atau cream mengikut citarasa sendiri .

Cara masak sayur asparagus ni adalah sangat pantas untuk memastikan sayur asparagus kekal ranggup . Proses masak sekitar 2-3 minit saja , paling penting saat akhir selepas asparagus dimasukkan dalam frying pan dan semasa cream dituang , kita perlu pantas mengadun bahan dan tahu bila asparagus sudah masak .

Batang asparagus yang saya beli di Cameron Highland , secekak baru RM5 murah laaa . Saya beli 3 cekak untuk kami sekeluarga , alhamdulillah segar dan sedap asparagus ni .


Tangan kiri pegang asparagus pada bahagian tengah dan 2 jari di tangan kanan pegang hujung asparagus kemudian secara perlahan cuba bengkokkan asparagus ni , secara automatik batang asparagus akan melengkung dan patah pada bahagian lembut . 


Bahagian batang bawah yang keras dibuang dan kita ambil bahagian yang lembut , ni adalah cara mudah untuk memilih bahagian asparagus yang boleh dimakan . Tak perlu guna pisau untuk potong batang asparagus . Batang asparagus ni boleh dipatah 2 atau 3 bahagian ikut pada cara kita masak .



Saya guna chicken meatloaf yang halal dan jenama ni senang di jumpai di mana-mana pasaraya di Malaysia . Boleh juga diguna isi ayam atau daging terpulang pada citarasa sendiri .

4 comments:

  1. assalamualaikum nannie...sedap ni...:)

    ReplyDelete
  2. mualaikumsalam k mas zull , alhamdulillah mmg sedap sayur asparagus masak macam ni , saya ratah saja

    ReplyDelete
  3. nampak sedap resipinya. Kalau masa saya berdiet, saya cuma celur asparagus ni, masa tengah panas tu, letakkan sesudu butter dalam periuk kemudia tabur garam dan kacau.. lepas tu makan mcm tu je.. sedap juga. Thank you kongsi resepi ni.

    ReplyDelete
  4. Rosdi , alhamdulillah sedap . Kalau masak asparagus cara Tn Rosdi tu pun sedap , simple tapi sgt sedap

    ReplyDelete