Memang sangat senang tanam pokok pucuk manis , saya hanya cucuk batang/dahan tua sayur pucuk manis yang saya beli dan alhamdulillah lepas seminggu dahan tua tu dah mula bertunas kemudian cepat membesar menjadi pucuk dan sekarang ni dah menjadi pokok yang cukup sihat merimbun . Pertama kali saya petik pucuk manis ni pada bulan lepas dan sekejap saja pucuk baru tumbuh sebab sekarang ni musim hujan , syukur alhamdulillah .
Adlina tolong posing pegang pucuk manis yang Mama kutip . Macam ni baru boleh dipanggil pucuk manis sebab memang bahagian pucuk yang muda dipetik . Sedap la sayur pucuk manis ni bila dimasak , syukur alhamdulillah .
Pokok pucuk manis yang saya tanam dari keratan batang tua , alhamdulillah senang hidup dan cukup merimbun , setakat ni saya dah 2 kali kutip pucuk manis ni ^_^
Alhamdulillah , semalam saya cucuk beberapa dahan tua pucuk manis , semoga ada di antara dahan itu yang akan tumbuh , amin .
MASAK LEMAK PUTIH PUCUK MANIS
Alhamdulillah , secukup rasa untuk kami sekeluarga makan .
BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk manis
500 grm ubi keledek
900 ml santan - boleh tambah
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
CARA MEMASAK :
Ambil semua pucuk daun pucuk manis dan dibersihkan kemudian ditos . Kupas semua kulit bawang dan diracik halus kemudian dibasuh ikan bilis . Kupas semua kulit ubi keledek dan dibersihkan kemudian di potong setebal 1.5 inci .
Ambil semua pucuk daun pucuk manis dan dibersihkan kemudian ditos . Kupas semua kulit bawang dan diracik halus kemudian dibasuh ikan bilis . Kupas semua kulit ubi keledek dan dibersihkan kemudian di potong setebal 1.5 inci .
Masukkan santan , ubi keledek , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan ubi keledek sudah lembut , boleh lah di masukkan semua pucuk manis dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai semua sayur sebati dengan kuah dan masak . Bila pucuk manis dah masak boleh la ditutup api dapur .
Saya pun ada tanam pucuk manis ni kak. Baru bertunas.. Tak sabar pulak rasa nak memetik pucuknya..
ReplyDeleteinsyallah cepat besar pokok pucuk manis ni , nanti seronok la zefa dpt petik pucuk nya
Deleteassalamualaikum nennie...wah !! bestnya tanaman sendiri ...puas hati dpt petik n masakkan...sedap masak lemak pucuk manis ni...)
ReplyDeletewaalaikumsalam kak mas , alhamdulillah mmg puas hati tanam sendiri . cukup sedap alhamdulillah
Deletesedapnya... kalau ada ikan goreng/ikan kering dengan sambal belacan dah memang regu
ReplyDeletesaya goreng ikan masin , ikan goreng cuma sambal belacan saja tak ada tapi masih sedap makan nasi dgn masak lemak pucuk manis ni alhamdulillah
Delete