Alhamdulillah untuk rezeki kami . Bila makan nasi saya suka gandingkan dengan ikan goreng atau ikan masin dengan masak lemak cili api pucuk ubi ni hmmmm cukup sedap la tak payah ada lauk lain dah , makan nasi pun cukup berselera yum yum ^_^
BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk ubi
1 keping asam keping
4-5 cawan santan - boleh tambah atau kurang
Segenggam ikan bilis
1 batang serai saiz besar - dititik
1 batang serai saiz besar - dititik
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
3 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
- Ambil semua pucuk ubi dan basuh , didihkan air secukupnya dalam periuk kemudian masukkan pucuk ubi . Biar pucuk ubi masak sampai empuk kemudian boleh ditos semua pucuk ubi ni . Pucuk ubi yang dah empuk direbus ni di potong supaya mudah nak dimasak dan di makan .

- Masukkan semua bahan tumbuk , ikan bilis , serai di titik , asam keping serta santan dalam periuk kemudian dikacau supaya cukup mesra dan biarkan kuah hampir mendidih . Masukkan semua pucuk ubi rebus dan kacau bagi rata semua bahan , masukkan garam secukupnya . Biarkan kuah memdidih dan bila pucuk ubi dah sebati dgn kuah boleh ditutup api dapur .
as salam..thanks for sharing..rasa nak mkn benda ni..tu yg goggle resepi ni..sedap btol..tengok gmbr pun terliur..hehe..
ReplyDeleteMasakan campur dg tempeh lg awsome.
ReplyDelete