Pages

Friday 21 November 2014

Menu sihat : Steam boat

Syukur Alhamdulillah , menu sihat yang ringkas dan cukup sedap . Bahan-bahan untuk steam boat ni ada macam-macam jenis so ikut pada selera kita lah nak beli fish ball , chicken ball atau apa saja jenis ladu dan juga sayur-sayuran yang kita suka sementara untuk sos saya beli sos Thai dan sos bawang putih . 


BAHAN-BAHAN UNTUK SUP :

1 rangka ayam 
300 grm bahagian isi ayam 
2.5 liter air 
2 inci halia
4 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
sedikit daun sup dan daun bawang

CARA MASAK :

Bersihkan rangka ayam dan dipotong kemudian bersih bahagian isi peha ayam atau bahagian isi dada dan dipotong kecil . Boleh tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri . Boleh juga ditambah kiub stok ayam .

Kupas kulit halia dan semua bawang kemudian dititik dan diracik kecil . Panas kan 2 sudu besar minyak sayur dan ditumis semua bawang dan halia tadi , kacau dan biar sampai bawang/halia menjadi layu dan terbit bau wangi . Masukkan semua air dengan rangka ayam yang sudah dipotong dan dibersihkan . Masukkan juga isi bahagian ayam kemudian kacau semua bahan dan biar sampai sup mendidih , boleh dimasukkan garam dan lada sulah secukup rasa , racik kecil daun sup dan daun bawang kemudian masukkan dalam sup tadi dan kacau , bila sup dah masak boleh di tutup api dapur.

Bila nak makan baru dimasukkan sup dalam periuk steam boat dan dibiarkan sampai mendidih sebelum boleh dimasuk bahan-bahan lain seperti chicken ball , sayur dan lain-lain lagi .

Periuk eletrik serba guna .


Pelbagai pilihan ikut selera kami sekeluarga.



Yee mee dan mee wonton .

2 comments:

  1. Ni kalau makan di kedai berapa dah ni, sebenarnya ringkas je rupanya bila buat sendiri. Tinggal sediakan supnya aja. Tkasih kak nanie utk resepinya..

    ReplyDelete
  2. SEDAPNYA STEAMBOAT... SY MEMANG SUKA, MACAM MANA NAK BUAT SOS MACAM KAT RESTORAN JOHN JONNY

    ReplyDelete