Pages

Tuesday 8 January 2013

Baiti Jannati - syukur , alhamdulillah

Syukur alhamdulillah , akhirnya pada pertengahan bulan Disember 2012 kami dapat kunci rumah yang dah lama kami tunggu sejak beli rumah ni awal tahun 2012 . Lama juga proses jual beli rumah ni dan sekarang rumah kami ni tengah di ubah suai , insyallah hujung bulan Febuari akan siap sepenuhnya . Semoga proses renovasi rumah kami ni akan berjalan lancar mengikut perancangan , amin .

Syukur alhamdulillah , rezeki anak-anak kami .


Rumah ni kami renovate perbesarkan beberapa ruang supaya lebih selesa kami anak-beranak tinggal di rumah ni . Alhamdulillah kami dapat juga beli rumah single storey...

Bahagian tepi rumah , alhamdulillah masih ada ruang laman untuk saya berkebun ^_^


Bahagian ruang tamu baru . Bila dah siap bumbung , baru lah dinding yang nampak tu akan dirobohkan dan 2 bahagian ruang tamu ni akan di satu kan . Kami extend bahagian ruang tamu , bilik tidur serta bahagian dapur , alhamdulillah .

Hampir tiap-tiap hari kami akan pegi tengok rumah kami ni dan Adam memang akan ikut sekali . Best juga tengok proses renovasi dari tanah lapang sikit demi sedikit struktur rumah baru dibuat dan kemudian naik batu-bata . Sekarang ni proses buat konkrit bahagian atas selepas tu baru la dibuat bumbung serta proses pecah dinding yang sedia ada . Saya sentiasa berdoa supaya proses renovasi rumah kami ni berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah dan siap ikut tarikh yang kami tetapkan . Saya sebenarnya dah tak sabar nak pindah masuk rumah sendiri hehe...

Besarnya tingkap depan rumah kami ni dan saya sangat-sangat suka . Kontraktor yang buat rumah kami ni yang cadang supaya bahagian depan ada tingkap besar macam ni ikut trend / rekabentuk rumah sekarang . Ruang tamu ni akan mengadap halaman depan rumah jadi saya cadang nak buat taman ros insyallah . Bila buka saja pintu utama boleh terus nampak ros garden dengan ruang rehat serta wakaf .


Pintu belakang serta bahagian wet kitchen saya ^_^


Bahagian sisi/tepi rumah kami , semoga proses renovation rumah kami ni selesai dengan elok dan siap mengikut masa yang kami rancang , amin .

18 comments:

  1. Alhamdulillah, seronoknya kan kak nannie...rumah akak kat mana? ada lagi tak yang kosong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah memang k nannie happy , kat Nilai - k nannie beli rumah dari org bukan rumah yg baru di bina

      Delete
  2. Kakak,

    tumpang tanya, kenapa batu bata ni warna putih & bukan warna merah?

    Sally

    ReplyDelete
  3. Waa....bessnya, moga dipermudahkan semua urusan....tak sabar nak tgk taman rose akak nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ MAt , alhamdulillah . insyallah kak nannie pun dah tak sabar nak pindah hehehe

      Delete
  4. salam kak nani..bukan ke seblom nani kat nani dah pindah rumah..yg byk tanam bunga ros tu :))...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , rumah tu rumah sewa sementara tunggu rumah kami ni

      Delete
  5. tingkap besar tu memang trendy sekarang, excited membacanya pun apalagi yg memilikinya, tahniah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah , terima kasih ya . tu la rupa2 trend sekarang ya saya ikut je cadangan kontraktor ^_^

      Delete
  6. Saya pun memasang impian untuk punya rumah yg lebih selesa untuk keluarga besar saya. Memang best kan kalau da ruang untuk ber 'garden'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah nanti Norhaizan akan dpt rumah yg lebih selesa , alhamdulillah

      Delete