Pages

Thursday, 17 January 2013

BUBUR PULUT HITAM

Bubur pulut hitam - yang paling saya dan anak-anak suka makan....
BAHAN-BAHAN :

1 cawan pulut hitam
3/4  cawan gula pasir - boleh tambah
2 cawan santan - boleh tambah
secubit dua garam - boleh tambah
2 helai daun pandan - disimpul

CARA MEMASAK :

Bersihkan pulut hitam dan rendam dulu pulut selama 3 jam . Kemudian rebus pulut hitam dengan air secukupnya sehingga kembang pastikan pulut dikacau supaya masak sekata . Bila pulut dah kembang dan air rebusan menjadi sangat sedikit boleh lah dimasukkan semua santan , gula pasir , daun pandan , secubit garam . Jika kurang kuah boleh ditambah santan lagi dan jika suka manis tambah lagi gula - semuanya ikut citarasa kita .

Biarkan bubur masak serta mendidih , sekali -sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sediakan 1 mangkuk kecil pati santan yang sudah dicampur secubit garam . Ceduk bubur pulut hitam ni ke dalam mangkuk yang sesuai dan ceduk sesudu besar pati santan ke atas pemukaan bubur sebelum makan .

8 comments:

  1. sedpanya kak..selalu kalau saya buat mesti terlebih kembang...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salmi , bubur pulat hitam mmg sedap sgt kan .ye ke masa rebus tu kena check selalu nanti salmi try masak lagi ya nanti ok la

      Delete
  2. Nampak sedap tapi lama juga nak kene rebus kan kak....(^___^)

    ReplyDelete
  3. Petang ni baru nak try.wish me luck (*^﹏^*)

    ReplyDelete
  4. kenapalah lama saya masak tak lembut2 juga rupa2 nya saya lupa nak rendam

    ReplyDelete
  5. ptg ni nk cube buat la...t nk rendam dulu biar lembut..haahaa

    ReplyDelete