Pages

Wednesday, 23 January 2013

Sarapan pagi Rabu : nasi goreng

Pagi ni saya masak nasi goreng yang dicampur dengan ikan goreng semalam , alhamdulillah sedap nasi goreng yang dimasak simple macam ni - less is more...

BAHAN-BAHAN:

3 cawan nasi
isi ikan goreng semalam - secukupnya
1 biji telur 
10 kacang buncis
2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
1 sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih saiz besar

CARA MEMASAK :

1) bersihkan kacang buncis dan dipotong kecil-kecil ketepi kan dulu kemudian kupas semua kulit bawang . Siat-siat isi ikan goreng dan ketepikan dulu . Tumbuk semua bawang dan boleh la dipanaskan minyak secukupnya serta tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum . 

2) Masukkan telur serta dikacau sampai masak kemudian masukkan semua isi ikan goreng tadi serta sos tiram  . Kacau semua bahan dan masukkan kacang buncis tadi serta terus kacau sehingga kacang menjadi sedikit layu . Masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan garam secukup rasa  serta minyak bijan secukupnya , kacau sehingga nasi goreng masak dan boleh la ditutup api dapur.



2 comments:

  1. As Salam...sy pon suke nasik goreng kat umah...buat style cemana pon best..

    ReplyDelete
  2. Salam nani...saya pun suka ns goreng letak ikan goreng semlm...sdp kan...laoar la pulak. ..hehe

    ReplyDelete