Pages

Friday, 4 January 2013

Kenangan di Cameron Highland Dis 2012

Banyak sangat kenangan manis kami sepanjang cuti sekolah bulan Dis 2012 . Sakan juga la kami jalan -jalan ke merata destinasi pelancongan menarik di dalam negeri , alhamdulillah rezeki anak-anak saya . Paling happening dan seronok bila kami di Cameron Highland kerana cuaca di sana yang sangat sejuk . Hampir tiap-tiap hari hujan sama ada pada waktu pagi atau petang . Walaupun hujan kami dapat juga jalan-jalan ke banyak tempat menarik masa di Cameron dan saya paling happy sebab dapat ke Rose Valley , Rose Centre dan Mardi . Best la sebab saya dapat tengok serta belek macam-macam jenis bunga ros . Insyallah kami akan ke Cameron Highland lagi..

Kami baru sampai dan terus makan malam di Tanah Rata .

Alhamdulillah sedap semua lauk di restoran ni terutamanya sayur kailan yang fresh dimasak tumis ikan masin serta timun Jepun dicicah dengan sambal belacan .


Bila ke Cameron kami mesti singgah ladang teh Bharat ni , sayup mata melihat pemandangan yang cukup mendamaikan ni.

Indahnya suasana di ladang teh ni dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa sejuk nyaman , langit biru dengan lanskap hijau ladang teh  rasa tak mau balik dan nak duduk berehat lama-lama di cafe teh Bharat ni.....

Happy Adlina dapat jalan-jalan ke Cameron sebab hampir sepanjang masa di tanah tinggi ni saya bagi kebenaran untuk Adlina dan Adam buka tingkap kereta baru la best dapat rasa 'aircond' original yang sejuk nyaman ^_^

Sedap juga scone di sini..

Anak sulung saya ni memang suka sangat makan scone disapu butter dan jem..

Releks sambil menjamu mata dengan pemandangan yang cukup indah...

Kami di Brinchang , lokasi favorite saya ni sebab ada banyak sayur fresh .

Carrot segar..

Cantikkan..

Kreatif tokeh kedai ni display bunga kobis , i like ^_^

Favorite saya fresh veggies...

Strawberry segar ada di mana saja di Cameron Highland ni...

Kat tanah tinggi Brinchang ni pun ada jual traktor mainan , memang rezeki Adam la dapat beli traktor di puncak bukit yang sejuk ni , seronoknya dia hehe


Ni masa kami di ladang Mardi , best laa rasa macam tak mau balik hehe.....

Kami di Rose Valley..oohhhhh saya di syurga dunia . Saya macam tak mau balik sebab dah tertawan tengok serta dapat belek macam-macam jenis bunga ros tapi lepas 2 jam dalam taman ni saya terpaksa say goodbye pada semua ros yang sangat cantik ni huhuhuh sedih laa . Kenangan indah di Rose Valley  dan saya sangat happy di kelilingi pokok serta bunga ros yang hidup subur , insyallah jika panjang umur saya pasti akan pergi lagi ke ros valley...

Terlalu cantik bunga ros ni...

Rose saja di sini , me so happy la bila di Rose Valley ni...

Buah strawberri ni rupa memang cantik tapi rasanya tetap masam hehe..

Adlina makan sebiji je strawberry ni sebab masam . Bila balik rumah semua buah strawberry yang dibeli di Cameron saya masak buat sos strawberry . Bila dah jadi sos baru la sedap hehe...

Di lobby hotel Heritage..

Pemandangan taman dari bilik tidur kami semasa di Hotel Heritage , cantikkan taman dengan cuaca sejuk nyaman memang best la bercuti di Cameron Highland . 

15 comments:

  1. lama dah teringin nak pergi cameron nie, mesti best sangat kan...segar je tgk kaler2 hijau tu

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/ubat-sakit-sendi-boleh-hilang-dalam-5.html

    ReplyDelete
  2. kedai2 tu kt Keafarm rasanya..bukn brinchang :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak nanie...selamat tahun baru 2013...Yang traktor tu bukan adam je seronok, pakcik mat pun seronok gak....hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm Mat Gebu dan slmt tahun baru , hehehe kak nannie pun suka juag traktor tu hehe

      Delete
  4. Bestnya dapat pergi bercuti..anak2 mesti happy kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah memang best , anak-anak saya seronok sgt pegi Cameron

      Delete
  5. raminya yg ke cameron akhir thn 2012
    saya duduk kampar..dekat je dgn cameron.tp sejak ada baby, x pernah g sana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila cuti sekolah mmg ramai pelancong , bila baby dah besar boleh la jalan2 ke Cameron

      Delete
  6. Blh jd juling tgk sayur yg sgr2 dan bunga2 yg cntik tuh. Klu g CH,suka sgt mkn cupcorn.manis asli!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu memang saya punr asa macam nak beli semua sayur yg dijual tapi akhirnya kena pilih yang betul2 suka saja

      Delete
  7. saya siap2 bawak nutella dari rumah,, senang nak cecah stoberi..berebut2 makan dalam bilik hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la cara lizan lain kali saya pun nak bawa la nutella , TQ

      Delete
  8. Rindu yg teramat nak ke cameron lagi..tenang,sejuk,n mmg sgt sesuai nk tenangkan hati..heheee

    ReplyDelete