Pages

Monday, 14 January 2013

Pulut kukus sambal tumis bilis

Selamat pagi Isnin..

Hari ni cuti di Negeri Sembilan so saya kurang sibuk  dengan rutin harian hantar anak ke sekolah jadi boleh la saya buat n3 masak . Lagi satu juadah simple dari dapur saya - pulut kukus dimakan dengan ikan masin sepat serta sambal tumis ikan bilis lemak santan . Cara saya kukus pulut memang senang sangat , pulut ni direndam dalam 5 jam lepas tu dikukus . Senang saja kan saya pun tak campur santan semasa half way proses kukus supaya pulut kukus ni lebih tahan lama . Lagi pun pulut kukus ni nak di makan dengan lauk yang memang dah cukup berlemak macam rendang ayam atau daging . Kali ni saya masak sambal tumis ikan bilis yang di campur santan supaya kuahnya kurang pedas dan lebih sedap . Alhamdulillah untuk rezeki kami sekeluarga .  

Alhamdulillah sedapnyaaa makan pulut kukus dengan sambal tumis ikan bilis dan ikan sepat ni . Pulut yang dikukus macam ni tak muak dimakan banyak sebab tak begitu berlemak . 

Pulut yang dah masak dengan elok sekata , pulut yang dikukus macam ni boleh tahan lama sebab tak dicampur santan . Kalau nak campur santan masa halfway kukus tu pulut ni dikeluarkan dan dimasuk dalam bekas lain kemudian pulut ni digaul dgn santan yang secukupnya yang dah dicampur dengan sedikit garam . Gaul sekata kemudian pulut dimasuk balik dlm periuk dan dikukus sampai masak . Kalau nak pulut jadi kuning boleh la dimasukkan sedikit kunyit dalam bancuhan santan tadi dan boleh dimasukkan sehelai dua daun pandan supaya pulut ni jadi wangi .

Periuk kukus saiz besar bentuk biasa yang saya beli dari Padang Besar . Periuk kukus ni serba guna saya guna untuk kukus ikan , pulut , kukus kuih talam , kukus apam , cream caramel dan macam-macam jenis lauk-pauk la atau kuih-muih . Kadang-kadang tu periuk yg paling bawah tu saya guna untuk masak lauk berkuah ^_^

3 comments:

  1. sedap pulut makan camni.. nani kalau balik kg, mak wat sambal ikan kering... perghhhhhhhhhh.. marbelesssssss!!!

    ReplyDelete
  2. salam, sedaaapnya...pulutnya nmpak cantik & bekilat. akak kukus pulut kosong - tak campur santan / skit minyak pun?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... Berapa lama tempoh nak mengukus beras pulut nie pulak erk...?... macam sedap... kalau tak habis makan, leh buat tapai pulut... ;)

    ReplyDelete