Pages

Thursday, 31 January 2013

PULUT KUKUS & RENDANG AYAM

Alhamdulillah sedap...


BAHAN-BAHAN :

1 kilo pulut susu
1 cawan santan
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
air secukupnya
periuk kukus

CARA MASAK :

Semua beras pulut dibersihkan dan direndam dalam air secukupnya , masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam beras pulut yg direndam ni dan kacau . Rendam beras selama 8 jam . Tos beras pulut ni . 

Masukkan air secukupnya dalam periuk kukus paling bawah . Masukkan semua beras pulut secara perlahan-lahan ke dalam periuk kukus pemukaan berlubang-lubang . Boleh juga di letakkan daun pisang pada pemukaan periuk kukus berlubang-lubang ni . Kukus pulut sehingga masak kemudian tutup api dapur dan senduk semua pulut ni ke dalam bekas yang sesuai . Campurkan santan dengan sedikit garam dan kemudian santan ni dituang sedikit demi sedikit dalam pulut tadi dan kacau semua bahan sehingga sekata . Masukkan semula semua pulut ni ke dalam periuk kukus tadi dan kukus pulut selama 10-15 minit . Tutup api dapur dan biarkan pulut sejuk sebelum dihidangkan .

Pulut kukus baru masak dan masih panas..


Saya kukus pulut guna periuk macam ni..


Rendang ayam mengelegak dalam kuali..


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam 
3 cawan santan - boleh ditambah
5 keping daun limau purut
1 helai daun kunyit saiz besar
4 sudu besar kerisik
3/4 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai di racik nipis
2 inci halia
3 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

CARA MASAK :

1) Potong ayam menjadi ketulan kecil dan bersihkan ayam dengan tepung gandum untuk buang semua kotoran serta lendir ayam kemudian ditos dan ketepikan dulu . Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali bersama semua santan , cili kisar dan masak sehingga mendidih . Kacau kuah rendang ni dan masukkan semua ayam tadi dan masukkan daun kunyit yang sudah diracik bersama daun limau purut yang dicarik-carik . Kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak .
2) Seterusnya masukkan kerisik dan garam secukup rasa serta terus kacau . Boleh juga dimasukkan sekeping sedikit asam keping supaya rendang ni ada rasa yang seimbang . Biar kuah mendidih dan ayam masak menjadi lembut serta kuah jadi sikit . Boleh la ditutup api dapur dan dihidang .

5 comments:

  1. Assalamualaikum Nannie....
    Sedapnya pulut kukus dengan rendang ayam.
    Terliur lah pulak.

    ReplyDelete
  2. tak pandai klu masak pulut kuning jenis kukus...saya pakai versi masak pakai rice cooker ...heehehe

    ReplyDelete
  3. kak nanie,

    saya suka singgah akak punya blog...hehe, sbb saya jenis xpandai masak tp pandai mkn je hehe....
    akak, saya nak minta menu tuk rendang ayam tu boleh x??saya nak masak tuk majlis kesyukuran anak saya kerana sihat dari masalah eczema(penyakit kulit).
    itu pon klu akak bagi resepinya dan caranya hehe....sbb rendang akak nmpk mcm best jer :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Nannie

    sedapnya pulut kuning...sekali mkn tk cukup nie...hehehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Lame tak makan pulut kuning. Nk buat, xde periuk kukus.. Ade alternatif lain tak?

    ReplyDelete