Pages

Sunday 20 January 2013

Taman ros Nannie

Dah 10 bulan saya bela pokok ros dari pokok kecil setinggi 12 inci sekarang ni tumbuh melepasi pagar rumah . Banyak sangat pengalaman suka dan duka yang saya lalui selama bela pokok ros ni . Saya banyak belajar cara nak bela pokok ros secara teori dengan kawan-kawan sehobi - TERIMA KASIH kawan-kawan semua Tapi bagi saya ilmu yang paling berharga adalah dari pengalaman sendiri seperti quotes ' experience is the best teacher '. Bila dah lalui sendiri proses tanam dan bela pokok ros ni baru la saya tahu bukan senang nak bela pokok ros ni . Jika diri kita tak betul-betul minat memang mudah  nak give-up sebab pokok ros ni adalah sejenis tumbuhan yang 'manja' tapi bila kita bagi sepenuh perhatian pokok ros memang boleh hidup dengan subur . Jadi sebelum nak bela pokok ros kita perlu cari sebanyak mungkin ilmu yang betul untuk memudahkan proses kita nak bela pokok ros kita tu . Bila pokok ros sihat baru la kita happy , best je tengok pokok ros ni bila berbunga ^_^

Saya bercadang nak buat taman ros dan nak berkebun tanam sayur bila dah pindah rumah sendiri . Pagi ni saya masukkan gambar terbaru pokok-pokok ros saya yang semakin besar dan tinggi . Plan saya nanti bila pindah rumah sendiri sebahagian pokok ros ni saya nak tanam ke tanah supaya pokok ros ni boleh tumbuh lebih sihat dan subur .

Saya ada 2 pokok ros 'Damask' dan 2 pokok ros ' 4 of July ' . Kebanyakkan pokok ros saya ni dan besar dan tinggi . Macam pokok ros 'Damask' ni lebih sesuai di tanam terus ke tanah supaya lagi subur .


Alhamdulillah pokok-pokok ros saya ni dapat bertahan dan hidup semasa melalui musim hujan pada hujung tahun 2012 . Sekarang ni dah masuk musim cuaca yang agak panas dan berangin insyallah pokok ros saya ni akan subur . Pokok ros sangat suka pada cahaya matahari dan cuaca yang berangin untuk tumbuh subur .

Pokok- pokok ros kesayangan saya dan alhamdulillah semua pokok ros ni elok hidup dan berbunga .

Ni pokok ros '7 sister' yang dan 9 bulan saya bela dan semakin besar .


Ni pula pokok ros 'Scalet Mediland' - cukup mencabar nak bela pokok ros ni sebab susah juga nak hidup tapi alhamdulillah sekarang ni pokok ros SM ni semakin subur .


Ni pula pokok ros 'Generous Gardener' , pokok ros ni dah terlalu besar dan perlu cepat di pindah tanam ke tanah . Bunganya sangat wangi dan cantik , pokok ros ni masa saya beli hanya setinggi 8 inci dan sekarang ni dan besar dan tinggi hampir 7 kaki . 


Bunga ros 'Generous Gardener' yang sangat cantik dan wangi..

My beautiful ' Generous Gardener'


Ni pula bunga ros 'Scalet Mediland' 

Bunga ros SM ni tak wangi tapi rupanya sangat cute..


Ni pula pokok ros 'Emblem' yang wangi dan cantik.

Cantikkan..

So beautiful...

LOVE ALL MY ROSES..

14 comments:

  1. Rajinnya akak menanam .mcm mak sy. Segala benda tanam. Penuh depan umah. Pokok pulak jd pagar rumah. Hihihi. Sy pulak tak reti . Ma ckp tgn panas. Bela cili. Cili mati . Huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah minat k nannie bela pokok hehe . Waa mesti rumah mak Nina meriah dgn macam-macam jenis pokok bunga ya . Nina boleh bela cuba la lagi insyallah hidup

      Delete
  2. Wahhh..mesti taman umah awak da harum semerbak ros...
    Hepi kn bila tgk hasil tanman sndri menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bila bunga banyak berbunga memang wangi bila lalu tepi pokok , betul tu mmg happy

      Delete
  3. ya allah cantik dan subur semuanya kak nani. yang scarlet meidiland tu bunganya besar ke kecik ye kak? baru nak masuk koleksi. cantiki bunganya berjambak.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah ada yg elok hidup dan ada juga susah nak di bela pokok ros ni , scalet mediland tu bunganya besar duit syiling 10 sen dan berjambak . Haa tu la tgk kt blog hujaudaun pun dah mula tanam ros ya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.... salam perkenalan Nannie.
    Sukanya tengok pokok ros Nannie. Cantik dan subur-subur semuanya.

    ReplyDelete
  6. rajinnya nannie bela pokok rose ni...tahniah...cantik...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...
    Cantiknyer ros di laman rumah.. Saya tanam ros selalu tak hidup... huhuhu

    ReplyDelete
  8. nak gak belajar tanam bunga ros , tp x de pengalaman , jeles tgk pokok bunga ros akak

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum puan guna baja ape ye?

    ReplyDelete
  10. kat mana beli bunga cantik2 ni?

    ReplyDelete