Pages

Saturday, 12 January 2013

Jalan-jalan pi Penang

Hujung minggu terakhir bulan Disember 2012 suami saya out-station ke Penang so kami sekeluarga ikut sekali kiranya makan angin sebelum sesi sekolah bermula awal Januari . N3 kali ni saya nak kongsi gambar menu masakan Minang yang kami makan di sebuah kedai kopi di tengah bandar Georgetown , memang sedap sangat laaa lauk-pauk kat restoran ni especially ikan cencaru belah belakang dengan sambal ayam . Kalau pelancong lain ke Penang cari nasi kandar , kami pi sana cari nasi dengan lauk-pauk masakan Minang ^_^

Seronoknya dapat naik feri ^_^

Dah nampak Komtar..


Jom makan nasi dengan lauk-pauk masakan Minang , bismillahirohmanirohim..


Pucuk ubi rebus dengan sambal yum yum..


Ayam goreng sambal cili yang sangat sedap..


Ikan masin dengan daging dendeng , alhamdulillah sedapnyaa...


Kalau pi Penang kami mesti singgah restoran ni yang famous di kalangan penduduk tempatan , lauk-pauk masakan Minang yang sedap . Restoran ni terletak berdekatan dengan Pejabat Kontigen Polis Pulau Pinang .

Macam-macam lauk pilih saja mana yang kita nak makan .


On the way balik ke Nilai kami singgah makan satay di Pasar Changkat Jering .

Bila singgah pasar Changkat Jering kami pasti akan makan satay , kat sini ada macam-macam jenis satay ada satay ayam,daging,paru,limpadan satay perut . Banyak gerai satay so pilih saja mana yang kita nak singgah dan makan satay . Selain tu ada dijual laksa , mee rebus , rojak dan paling famous pecal . Alhamdulillah sedap sedap semua makanan yang dijual di sini .


Dah lama saya cari kuih putu ni akhirnya dapat juga saya merasa kuih tradisional Perak ni , alhamdulillah sedap kuih ni . 

No comments:

Post a Comment