Pages

Thursday 24 January 2013

SOTONG MASAK PADPRIK

Selamat bercuti dan beristirehat bersama famili..
BAHAN-BAHAN :

500 grm sotong segar
1 biji bawang besar - dipotong membulat
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai saiz besar - diracik
3 helai daun limau purut - dicarik
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar cili sos Thai - boleh tambah
1 sudu besar oyster sos - boleh tambah
1 sudu kecil sos nampla
1 sudu besar kicap

CARA MEMASAK :

- Semua sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil , bersihkan semua bawang , halia dan serai kemudian diracik nipis . Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis semua bahan yg diracik tadi sampai layu dan wangi . Masukkan cili kisar dan masak sampai terbit minyak kemudian masukkan cili sos , sos tiram , sos nampla dan daun limau purut , kacau semua bahan . Masukkan semua sotong dan kacau , rasa kuah jika ada terkurang boleh ditambah bahan lagi . Bila sotong dah masak boleh la ditutup api dapur .

Resepi ni hanya panduan , tambah atau kurang kan bahan mengikut citarasa sendiri .

4 comments:

  1. cik,.nak tanya skit..apa sos nampla?.sila tunjuk ajar..

    ReplyDelete
  2. terliur tengok paprik akak ni

    ReplyDelete
  3. as salam ..

    datang bertandang... terus lapar tgk entry akak nie.. by the way kak...jom folow my GA..
    http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html

    ReplyDelete
  4. As salam kak Nannie, bleh tak saya dapatkan no tel akak? saya ada banyak nak tanya tentang tips jaga bunga rose. Saya tengok bunga akak subur sangat. Boleh kngsi ilmu ye kak.

    email: kedaimelissa2u@gmail.com

    ReplyDelete