Pages

Saturday 22 October 2011

KEK KEJU STAWBERRI

Sedap kek keju strawberry ni..

BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese
300 grm cream/whipping cream
180 grm gula castor - boleh tambah atau dikurang
45ml susu segar dalam kotak
1 sudu besar lemon jus
1 1/2 sudu besar gelatin halal 
3 sudu besar air suam
180 gm buah strawberri yang dikisar kasar


CARA MEMASAK :

BAHAN-BAHAN BASE:


200grm biskut marie
150grm mentega - dicairkan

Biskut marie dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.

FILLING :

- Pukul whipping cream sehingga agak kembang dalam 3 minit sahaja dengan menggunakan speed sederhana dan pastikan jangan terlebih pukul ya . Kemudian simpan dalam peti sejuk .


-Bancuh gelatin dengan 4 sudu besar air suam dan semua lemon jus dalam periuk kecil dan masak gelatin ni dengan menggunakan teknik double boiling sehingga gelatin betul-betul larut dan masak . Proses ni sekejap saja .


- Putar 250gm cream cheese bersama gula castor dan susu hingga kembang creamy . 


Masukkan bancuhan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan adunan whipping cream tadi dan kacau semua adunan sehingga sebati . Kemudian masukkan semua buah strawberri yang sudah dikisar kasar dan digaul adunan bagi rata .

-Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk selama 8-12 jam kalau biar lagi lama kek dalam peti sejuk lagi baik dan bila dah keras baru dikeluarkan dari acuan .

Saya hias pemukaan atas cheese cake ni dengan buah strawberri actually ikut la kepada kreativiti masing-masing macam mana nak hias ya . Perlu pastikan kek ni betul-betul keras so perlu simpan kek ni dalam peti ais selama 8 jam atau lebih . Bila dah keras baru la boleh dikeluarkan kek ni dari acuan kek .

4 comments:

  1. K Nannie...
    Pernah sekali nurul buat cheese cake yang camni... orang kat rumah nurul x gemar, nurul sorang last2nya kena perabih... huhu :(

    ReplyDelete
  2. Salam nanie, nampak cantik dan sedap kek ni.

    ReplyDelete
  3. to Nurul ,
    ye ke Nurul haa suami akak pun x berapa suka kalau ada cheese tapi akak dgn anak2 mmg suka sgt hehehe

    to Puan Ros,
    alhamdulillah mmg sedap kek ni

    ReplyDelete
  4. akak sedapnyerrr sy pun suka cheese cake... nk buat xreti + malas huhuhu

    ReplyDelete