Pages

Friday, 28 October 2011

NASI GORENG CENDAWAN

Sarapan pagi kami sekeluarga hari ni...memang sedap..
BAHAN-BAHAN:

4 cawan nasi
1 biji telur - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram-boleh tambah
1 sudu besar kicap manis - boleh tambah ikut selera sendiri
1 sudu kecil minyak bijan
Cendawan tiram secukupnya
10 batang jejari ketam - dipotong kecil ( boleh tambah )
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan cendawan dan disiat kecil kemudian potong semua jejari ketam ketepikan dulu , lerai-leraikan nasi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum.

2) Masukkan jejari ketam serta dikacau sampai masak kemudian masukkan sos tiram , minyak bijan dan masukkan pula telur dan kacau semua bahan menjadi rata. 

3) Masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap serta serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur. Jika kurang masin baru ditambah kicap atau garam secukup rasa .

4 comments:

  1. Nasi goreng cendawan!!! yum yum.... jadi lapar perot, hu hu

    ReplyDelete
  2. to lieya ,
    mmmm mmg sedap yum yum

    ReplyDelete
  3. sedapnya....sy memang suke cendawan tiram.

    ReplyDelete