Anak-anak suka sotong dan nasi goreng so saya masak nasi goreng yang dimasukkan banyak sotong . Itu la kelebihan masak sendiri sebab kita boleh tentukan apa yang kita nak masak dan apa bahan yang kita nak guna serta macam mana kita nak masak mengikut cita rasa sendiri .
Gendang gendut tali kecapi..
Kenyang perut senang hati..
4 cawan nasi
1 biji telur - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram-boleh tambah
1 sudu kecil minyak bijan
5 ekor sotong
10 ekor udang
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 genggam udang kering ( direndam dahulu )
CARA MEMASAK :
1) Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang serta ditos ketepikan dulu , lerai-leraikan nasi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum.
2) Masukkan sotong serta udang dan kacau sampai masak , kemudian sos tiram , minyak bijan dan masukkan pula telur dan kacau semua bahan menjadi rata.
3) Masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan garam serta serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.
salam nanie,
ReplyDeletebergelimpangan sotong tu. sedap nih..
Hi kak nanie, wah bestnya banyak resepi kat sini! :D
ReplyDeleteWah K Nanie...
ReplyDeletePenuh sotong dlm nasi goreng tu... nikmat makan... :)
kalau sy yg dihidangkan nasi goreng tu, sy makan sotong n udang dia dulu..hihihi
ReplyDeletewahhh bess nye nasi goreng ni...nak buat la
ReplyDeletewah sedapnya sungguh menyelerakkan..mujur la sy tgh berpantang skrg ni he..he...
ReplyDeletewahh..mcm2 resepi ade..bestla k.nani..tq 4 sharin!
ReplyDeletewlksalam ibundo ,
ReplyDeleteterima kasih ya sudi singgah blog saya ni .hehehe best tu bergelimpangan sotong
hi Asmara ,
tq singgah sini hehehe mmg byk resepi kat sini .
to NUrul ,
ReplyDeletehehehe mmg byk sotong sbb akak n anak2 suka sotong mmg nikmat makan nasi goreng ni hehe
to Mama JANET ,
hehehe sotong banyak ya mengoda je
to hyazz,
masak la nasi goreng ni n ubah suai la ikut selera sendiri ya
to suzie shazana,
ReplyDeletetak pe tunggu lepas pantang lepas tu boleh menjamu selera ya :)
to Azu , tq ya singgah sini hehehe mmg mcm2 ada kat sini