Pages

Wednesday, 12 October 2011

Sambal hijau petai campur ikan bilis

Sambal yang sungguh tak dapat ku tolak tepi mesti mau makan laaa hehehehe

Sambal petai ni jadi warna hijau sebab saya hanya guna cili padi warna hijau . Kalau makan nasi dengan ada lauk sambal petai ni pun dah cukup dan kalau nak lagi sedap goreng ikan masin perhhhhh makan nasi pun mesti bertambah la hehehehe..resepi ni boleh diubah suai ikut pada selera sendiri ya..


BAHAN-BAHAN :

2 cawan ikan bilis - dibersih dan digoreng sampai garing
5 papan petai - kupas ambil petai
2 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 sudu besar gula
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR atau TUMBUK HALUS :

15 biji cili api warna hijau - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci belacan

CARA MEMASAK :

- Bersih ikan bilis dan digoreng agak garing . Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan asam keping dan biarkan sampai sambal masak menjadi harum .

- Masukkan bawang besar yang dimayang nipis dan biarkan bawang masak sedikit layu kemudian boleh dimasukkan ikan bilis goreng serta dikacau rata . Masukkan garam serta gula secukup rasa serta dikacau rata semua bahan-bahan . Kemudian masukkan petai dan kacau bagi semua bahan mesra , bila sambal dah masak boleh la ditutup api dapur .

9 comments:

  1. waaa... sedapppnya... Lauk camni bleh buat nurul bertambah nasik... pekena plak ngan ikan masin goreng cam K Nanie cakap tu... lagilah... ;D

    ReplyDelete
  2. thanks akak...i will try dis..slalu je makan kat kedai but x reti nak buat... :)

    ReplyDelete
  3. akak punye menu ari2 memang menyelerakan...memang kene la ngan tekak sy ni. makan sambal ni ngan ikan masin pun bole menambah-nambah....sedappppppp.

    ReplyDelete
  4. salam nannie..atie pon suka buat sambal hijau camni guna ciliapi TP xder isipetai la sbb HB xsuker.paling best buat pedassssssssssssssss...mmg poberet anak llaki atie larrr

    ReplyDelete
  5. sedapnya..........salam ukhuwah

    ReplyDelete
  6. uyyoooo...x tahan tgk petai tuh.....

    ReplyDelete
  7. to Nurul;
    mmmm mmg la sedap masa ksimple macam ni kan berselera makan heheh

    to Linda ,
    cuba la dan boleh diubah suai resepi akak ni ikut selera sendiri

    to liemaopurut ,
    alhamdulillah menu akak masak semuanya simple2 je hehehe hmm mmg sedap makan sambal ni dgn ikan masin kan heheh

    to azatiesayang,
    wlkslm dan tq singgah sini ya yum2 ya sambal ni ooo anak lelaki azatie sukan ya bagus tu

    to atie ,
    slmt berkenalan tq singgah sini , hehehe mmg sedap sambal ni

    to zehan,
    mmg tak leh tahan sambal mcm ni hehe

    ReplyDelete
  8. ini salah satu makanan favorit saya loh :D
    teryata petai banyak peminatnya juga... untuk beli petai sekarang juga tidak susah kok
    kunjungi http://kebunbibit.com/634-petai.html

    bisa ditanam sendiri di belakang kebun rumah ^^

    ReplyDelete
  9. ini salah satu makan favorit saya :D
    dari pada susah2 beli, mending menanam sendiri di belakang kebun rumah
    bibit dapat dibeli di http://kebunbibit.com/634-petai.html

    jadi gak perlu repot2 ke pasar deh ^^

    ReplyDelete