A short trip to Johor Baharu so banyak juga tempat menarik yang saya tak dapat pergi semasa di Johor Baharu tapi saya sempat pergi ke beberapa gerai dan restoran untuk merasa/makan tradisional Johor , alhamdulillah memang sedap semua makanan yang kami makan . Saya share beberapa gambar makanan yang kami makan masa di Johor Baharu ^_^
Sempat saya snap gambar papan tanda ni dari dalam kereta sebab nampak exit ke Sedenak terus teringat kat Mat Gebu ^_^
Kami singgah di RR Pagoh dan saya makan mee rebus jawa yang sedap ni yum yum alhamdulillah .
Kami sampai Johor Baharu sekitar pukul 4 petang dan terus check-in di hotel . Cuaca cerah pada petang kami sampai tu so kami dapat tengok pemandangan sekitar bandaraya Johor Baharu dengan jelas .
Pada malamnya kami ke gerai Kacang Pool Haji yang terletak berdekatan dengan balai Bomba Larkin , agak senang nak cari gerai ni sebab dekat dengan hotel kami duduk . Saya memang teringin sangat nak rasa kacang pool Haji ni .
Ni la kacang pool Haji , original kacang pool . Alhamdulillah rasanya sedap .
Masa di gerai kacang Haji Pool tu saya makan pepes ikan tenggiri ni , mula-mula saya makan satu bungkus pepes lepas tu ulang makan lagi satu dan akhirnya saya yang makan semua pepes dalam pinggan ni sebab rasanya yang sangat sedap ^_^ .
Sedappp laaa pepes ikan tengiri ni , original pepes Johor .
Kami makan tengahari di sini , terbaek laa murtabak di kampung Melayu Majidee ni .
Besar saiz murtabak ni dan rasanya sangat sedap , isi penuh dengan daging memang puas hati dapat makan murtabak Kampung Melayu Majidee ni , alhamdulillah .
Pada hari ketiga kami singgah makan tengahari di restoran Nasi Padang Bawah Pokok kat Kampung Majidee ni . Kalau ikut pada nama restoran ni dulu mesti bawah pokok tapi sekarang pokok tu dah tak ada mungkin sudah di tebang sebab dari apa yang saya lihat restoran ni macam restoran baru . Masuk je restoran ni mata saya terus terpaku tengok lauk-pauk yang pelbagai jenis dan baru dimasak , aroma bau lauk-pauk ni cukup menyelera kan ^_^
Masih ku ingat keharuman bau lauk-pauk dalam gambar ni hmmmmmm sedapanyaaaa , alhamdulillah . Masa kami singgah baru pukul 12 tengahari tapi dalam restoran ini dah ramai pelanggan , saya rasa restoran ni memang jadi pilihan penduduk Johor Baharu untuk makan tengahari . Kami 5 beranak makan nasi dengan macam-macam lauk-pauk dengan air minum yang pelbagai . So masa nak bayar tu saya jangka total harga semua sekitar RM50 tapi bila tengok bil hanya RM36 , murahnyaa . Masa beredar keluar dari restoran ni saya doa semoga Tuan dan Puan owner restoran ini di murah kan rezeki dan bisnis mereka akan terus maju . Doa dari seorang pelanggan yang sangat berpuas hati dengan makanan , minuman dan layanan semasa di restoran ni . Kalau ada rezeki saya nak pergi lagi ke restoran Nasi Padang Bawah Pokok ni , insyallah .
Lauk-pauk pilihan saya , semuanya sangat-sangat sedap , alhamdulillah . Sebenarnya saya rambang mata masa nak pilih lauk sebab semua lauk cukup mengoda pandangan mata dan mengoda aroma saya ni . Lepas belek punya belek saya buat keputusan nak makan nasi dengan tumis kacang panjang , sambal terung , daging tu saya lupa jenis masakannya tapi sangat sedap dan sambal cili yang mabeles hmmm nasi pulak panas memang cukup berselera saya makan , syukur alhamdulillah . Gambar ni menjadi memori dan kalau ada peluang saya nak pegi lagi ke restoran ni .
Ini pula nasi dan lauk pilihan Encik Suami , sedap tu ! saya makan sikit sambal hati ayam tu hmmm sedap laa . Suami saya pun rambang mata nak pilih lauk kat restoran tu ^_^ . Gendang-gendung tali kecapi , kenyang perut senang hati . Senyum saja suami ku masa melangkah keluar dari restoran ni , mana tak senyum sebab makan macam-macam tapi harga total murah , syukur alhamdulillah .
Kami singgah Johor Premium Outlet . Sekadar jalan-jalan dan berhenti untuk minum saja . Saya dan famili tak beli apa pun hanya window shopping saja . Cantik tempat ni ^_^
Masih banyak tempat menarik di Johor yang saya dan famili teringin nak pegi insyallah kalau ada peluang pasti kami akan berkunjung ke negeri Johor lagi .