Alhamdulillah , simple saja menu berbuka puasa kami ni..
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam - dipotong ikut kesesuaian
1 sudu kecil serbuk lada hitam -ditumbuk luma
4 sudu besar kicap manis Kipas udang - secukupnya
4 sudu besar kicap manis Kipas udang - secukupnya
2 sudu besar olive oil
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2 inci halia
5 biji bawang merah
5 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
CARA MASAK :
Ayam dibersihkan dan dipotong serta dikelar-kelar kemudian ayam digaul rata dengan bahan ditumbuk , lada hitam , kicap manis , garam secukupnya dan sedikit minyak zaitun dan perap selama 6 jam , simpan dalam peti sejuk dulu . Resepi ini boleh dikurang atau ditambah bahannya ikut pada kesesuaian selera kita dan kalau ayam besar kuantiti bahan pun kena ditambah .
Panaskan grill pan dan masukkan butter dengan minyak zaiton secukupnya . Bila grill pan dah panas boleh la di letakkan ayam dalam grill pan ni . Tutup grill pan selepas 15 minit pusingkan ayam serta tutup semula grill pan ni , balik-balikkan ayam supaya semua bahagian ayam masak dengan sempurna . Bila ayam dah masak boleh la dibawa keluar dari grill dan dihidang dengan sos black paper serta side dish lain seperti salad dan mash potatoes .
KENTANG PUTAR
KENTANG PUTAR
BAHAN-BAHAN :
7 biji ubi kentang russet
6 sudu besar butter - boleh tambah
500ml susu penuh krim dlm kotak - blh ditambah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
6 sudu besar butter - boleh tambah
500ml susu penuh krim dlm kotak - blh ditambah
Garam secukup rasa
Ubi kentang dibasuh bersih dan dikupas kulit kemudian direbus sampai empuk . Bila dah empuk tos ubi kentang sampai tiada air rebusan dalam periuk kemudian lenyek semua ubi kentang sehingga hancur . Masukkan semua butter , masukkan sedikit demi sedikit susu ke dalam adunan kentang lenyek ni sampai sebati dan ubi kentang ni mudah digaul tidak terlalu kental . Masukkan garam secukup rasa serta kacau jika ubi kentang agak kental boleh la dimasukkan sedikit lagi susu sehingga ubi kentang menjadi mudah hendak dikacau tapi jangan terlebih masuk susu nanti mash potatoes ni jadi cair pulak . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .
Mesti sedap, nampak pun sudah sedap...
ReplyDeletehoho...sedapnya...terliur tengok...nak cuba buat jugakla.
ReplyDeletehttp://bit.ly/1rIYOlb