Pages

Monday 17 February 2014

Sambal tempoyak pucuk kayu

Alhamdulillah sedap . Di kampung suami saya di Kuala Klawang , Negeri Sembilan bila musim durian memang sambal tempoyak pucuk kayu ni akan jadi menu utama bila makan nasi . First time saya makan terus suka , sedap yaamatt laaaa... so saya pun belajar dengan mak mertua macam mana nak masak sambal tempoyak ni sebab suamiku memang suka sangat . Bila makan nasi mesti bertambah bila ada sambal tempoyak ni , makan pula dengan ikan masin usihhhh memang sodap la...


BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja
4 helai pucuk daun kunyit
10 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja
5 batang serai- dimayang nipis
5 papan petai - ambil buah petai saja
2 genggam ikan bilis - bersihkan
5-6 sudu besar tempoyak atau secukupnya 
pati santan secukupnya
garam secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili hidup - boleh tambah
1 inci kunyit hidup

* Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup masak manisnya .

CARA MASAK :

- pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Semua ikan bilis dibasuh dan ditumbuk hancur .

- Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan . Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa sendiri .

3 comments:

  1. Saya suka yang pedas sikit Kak Nanie. Lagi satu, kalau tambah pucuk labu pun sedap, cuma susah nak cari. Kawan saya orang Rembau. Mak dia kata, orang dulu2, mesti nak ada 20 jenis bahan dalam lauk nie sebenarnya. Tapi manalah kita nak cari pucuk yang berbagai jenis tu lagi dah. Dapat pucuk ubi jer pun dah cepat2 nak buat lauk ni dah...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan..
    Saya tahu masakan ni.. Suami saya orang negeri 9... SEDAP!
    Tapi saya tak pandai memasak ni..
    TQ utk resepi tu..
    Nak intai-intai lagi di sini.. :)

    i follow..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, akk, sy org Ulu Klawang...sy suka lauk nie tp x pernah lg bt sendiri..

    ReplyDelete