Pages

Friday, 28 February 2014

Sambal tumis udang kering & terung

Alhamdulillah sedap ^_^



BAHAN-BAHAN :

500 grm terung panjang - jenis kecil
Garam dan gula secukup rasa
air asam jawa secukupnya
10 sudu besar cili kisar - boleh tambah
3 sudu besar udang kering direndam dan ditumbuk kasar

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :

Terung dibersih dan dipotong kecil . Panaskan dalam 4 sudu besar minyak masak dan tumis semua cili kisar kemudian masukkan bahan ditumbuk dan udang kering . Kacau semua bahan dan biarkan masak sampai wangi . Jika sambal nampak kering tambah sedikit lagi minyak . Kemudian masukkan semua terung dan garam , gula dan air asam jawa secukup rasa . Kacau semua bahan sampai terung layu dan masak .

*Terung ni akan meresap semua minyak jadi jika nampak sambal macam kering saja boleh la ditambah lagi minyak . Kacau sambal tumis ni untuk mengelak sambal menjadi hangit . 

Buah terung ditanam secara organik dari kebun sayur mertua den ^_^

Tuesday, 25 February 2014

Tumis air sayur bayam

Cara masak sayur yang sangat simple dan digemari oleh anak-anak saya ^_^


BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur bayam
1 peket fish ball
1 peket fucuk & suhun
sos tiram secukupnya 
air secukupnya
Sedikit minyak utk menumis

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis kecil

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur bayam dan ambil semua daun  , ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan ditumbuk dengan bawang putih serta bawang merah . Rendam suhun dan fucuk sampai kembang ditos dan ketepikan dulu . Belah 2 semua fish ball ketepikan dulu .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi dan kacau rata semua bahan dan masukkan fish ball . Kacau semua bahan dan masukkan air secukupnya . Biarkan kuah mendidih dan masukkan sayur bayam , fucuk & suhun , garam dan sos tiram secukupnya .  Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Friday, 21 February 2014

Kari telur ubi kemili

Alhamdulillah sedap..


BAHAN-BAHAN :

8 biji telur ayam
1/2 kilo ubi kemili
5 cawan santan - boleh tambah
1 peket rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
3 cm halia
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang ( 2cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Rebus semua telur sampai masak kemudian dikupas kulit dan dikelar keliling telur . Bersihkan ubi kemili dan direbus sampai empuk kemudian siat semua kulit ubi kemili dan ketepikan dulu . Kupas semua bawang , halia dan ditumbuk lumat .

Panaskan sedikit minyak anggaran 6 sudu besar dan tumis semua kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sekejap kemudian boleh dimasukk semua bahan tumbuk iaitu bawang dan halia tadi . Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuh rempah kari dalam periuk . Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering . Biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan biarkan kuah mendidih serta kacau kuah . Boleh la dimasukkan semua telur bersama ubi kemili serta garam secukup rasa . Biar kari terus mendidih dan kacau dengan perlahan , bila nampak ubi telah sebati dengan kuah boleh la di tutup api dapur. 


Ubi kemili yang direbus sampai empuk dan disiat kulitnya .

Thursday, 20 February 2014

Sweet pinky rose 'Huntington'

Saya share gambar ros lagi dan kali ni ros Huntington yang sangat cantik dan baunya sangat wangi . Pokok ros suka cuaca panas dan bila musim panas macam sekarang ni banyak bunga ros saya kembang . Bunga ros Tington ni jenis berjambak dan berwarna pink dan memang antara bunga ros favorite saya . Rutin saya setiap pagi mesti ke laman untuk siram pokok bunga dan pokok-pokok lain kemudian belek pokok-pokok ros . Ada saja aktiviti saya di laman macam sapu daun kering , bagi baja pada pokok , cangkul buang rumput liar dan macam-macam aktiviti lain . Kadang tu berjam-jam juga la saya habiskan masa di laman . Bersenam sambil leka tengok dan belek bunga ros , segar mata dan tenang jiwa bila tengok pokok-pokok yang saya tanam hidup subur , syukur alhamdulillah . 



















Wednesday, 19 February 2014

Cantiknya rose ' Alexandrine'

Hari ni saya share gambar-gambar bunga ros di laman rumah saya . Dah lama saya tak buat post tentang bunga ros yang saya jaga/bela ni . Bunga rose 'Alexandrine' ni wangi dan sangat cantik . Begitu cantiknya bunga ros ni ciptaan ALLAH SWT , syukur alhamdulillah . Saya memang suka bercucuk tanam tak kira apa jenis pokok sama ada pokok buah , sayur-sayuran atau pokok hiasan daun hijau atau yang berbunga . Saya mula jaga/bela pokok ros ni sejak April 2012 dan sekarang ni saya dah ada dalam 70 jenis pokok ros di laman . Terapi mata , minda dan jiwa ^_^ 

Bunga ros Alexandrine yang mula kembang di pagi Ahad ^_^







Anak saya tolong ambil gambar guna Ipad dan saya guna camera . Gambar yg kt Ipad untuk masuk instagram dan gambar di camera untuk masuk blog serta fb ^_^ 


Ni gambar ros Alexandrine pada waktu petang .








Tuesday, 18 February 2014

Muhasabah

Rabbi yassir wala tuassir ya kareem - Ya Allah , Sesungguhnya . Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui , apa yang ada di jiwa kami , Engkau permudahkanlah segala urusan kami dalam mencari redhaMu .


Monday, 17 February 2014

Sambal tempoyak pucuk kayu

Alhamdulillah sedap . Di kampung suami saya di Kuala Klawang , Negeri Sembilan bila musim durian memang sambal tempoyak pucuk kayu ni akan jadi menu utama bila makan nasi . First time saya makan terus suka , sedap yaamatt laaaa... so saya pun belajar dengan mak mertua macam mana nak masak sambal tempoyak ni sebab suamiku memang suka sangat . Bila makan nasi mesti bertambah bila ada sambal tempoyak ni , makan pula dengan ikan masin usihhhh memang sodap la...


BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja
4 helai pucuk daun kunyit
10 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja
5 batang serai- dimayang nipis
5 papan petai - ambil buah petai saja
2 genggam ikan bilis - bersihkan
5-6 sudu besar tempoyak atau secukupnya 
pati santan secukupnya
garam secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili hidup - boleh tambah
1 inci kunyit hidup

* Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup masak manisnya .

CARA MASAK :

- pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Semua ikan bilis dibasuh dan ditumbuk hancur .

- Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan . Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa sendiri .

Saturday, 15 February 2014

Nasi goreng cili api

Pagi Sabtu masak nasi goreng untuk sarapan...


BAHAN-BAHAN:

6 cawan nasi
2 biji telur 
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

2 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah
15 biji cili api - boleh tambah

CARA MEMASAK :

1) Rendamkan ikan bilis sehingga lembut kemudian ditos dan ditumbuk dgn semua bawang serta cili api . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum.

2) Masukkan telur serta dikacau sampai masak kemudian masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan garam secukup rasa  kacau sehingga nasi goreng masak dan boleh la ditutup api dapur.

Friday, 14 February 2014

Koleksi antik mangkuk tutup a.k.a tureen

Sejak tahun 2009 saya mula kumpul mangkuk tutup atau tureen antik ni . Cantikkan corak bunga pada penutup tureen ni . Saya memang minat betul kumpul pinggan mangkuk lama . Corak bunga-bungaan pada tutup mangkuk ni sangat klasik , zaman sekarang dah tak jumpa corak bunga macam kt mangkuk bertutup ni . Barang antik macam tureen ni susah dah nak jumpa sekarang so memang sangat tinggi nilai sejarahnya . 

Sup kepah pedas

Alhamdulillah sodappp..


BAHAN-BAHAN :

2 kilo kepah
2 batang serai - dititik
2 sudu besar cili kisar
10 biji cili api - di titik
4 keping daun limau purut - disiat
1 sudu kecil belacan
4 sudu cili sos Thai
jus limau nipis secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIRACIK NIPIS :

1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci lengkuas

CARA MEMASAK :


- Bersih kepah dan ketepikan dulu . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan terus tumis bahan diracik sampai wangi . Masukkan cili kisar dgn belacan dan kacau biar sampai cili masak . Terus masukkan air secukupnya kemudian masukkan serai , cili sos thai , cili api . daun limau purut dan jus limau nipis secukupnya . 

- Bila dah sup dan mendidih masukkan semua kepah , masukkan gula dan garam secukup rasa . Kacau semua bahan biarkan kuah memdidih dan kepah masak baru la ditutup api dapur .


** Tambah atau kurangkan bahan ikut citarasa sendiri 

Masak lemak putih kobis

Favorite anak-anak saya..


BAHAN-BAHAN:

500grm sayur kobis
santan kelapa - secukupnya
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur kobis dan dipotong kecil , bersihkan ikan bilis dan ketepikan dulu .
Bawang merah dan putih ditumbuk lumat . Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua sayur kobis dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai sayur sebati dengan kuah dan masak .

Tuesday, 11 February 2014

Kek birthday Adam

Mama buat special untuk anakanda Muhd Adam , resepi kek coklat ni saya dapat dari blog Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan . Alhamdulillah sedap kek ni..


BAHAN-BAHAN :

125 gm butter
1 cawan gula perang
1 cawan tepung kek"
1 sudu kecil serbuk penaik"
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

(bahan bertanda * semua disatu dan digaul sampai menjadi pes coklat)
(bahan bertanda " disatukan dan diayak 3 kali)

CARA MEMBUATNYA :

-Panaskan oven kepada suhu 175'C . lenserkan loyang berukuran 8 inci dgn mentega dan alas dasar loyang dgn kertas minyak , ketepikan dulu .

-Putar butter dengan gula perang sehingga jadi putih . Masukkan esen vanilla dan masukkan sebiji demi sebiji telur , putar sehingga adunan jadi kembang serta gula hancur . 

-Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit-sedikit denagn pes coklat sampai habis . Gaul semua bahan sampai sebati .

- Sendukkan adunan masuk ke dalam loyang pembakar yang kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 45-50 minit atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing .  Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja itu tandanya kek dah masak la .

- Bila kek dah cukup sejuk boleh la dikeluarkan dari loyang kek dan biarkan sekejap kek di atas rai besi . Kek ni boleh dihias dgn coklat ganache .

BAHAN COKLAT GANACHE :

200grm coklat masakan
150ml UHT whipping cream
1 sudu teh mentega

CARA MASAK :

Satu kan coklat masakan dgn whipping cream dlm mangkuk tahan panas . Cairkan secara double boiling dan gaul semua bahan sehingga sebati . Matikan api dapur dan masukkan mentega dan digaul sebati . Boleh dituang ke atas kek dan biarkan sejuk sedikit  dan boleh di hias kek ikut kreativiti sendiri .

Monday, 10 February 2014

Salmon grill sos lemon mentega

 Alhamdulillah sedapnya ikan salmon dengan sos lemon mentega ni..


BAHAN-BAHAN :

4 keping ikan salmon
2 brokoli
4 biji ubi kentang jenis russet

BAHAN-BAHAN SOS :

80 grm butter
1 sudu kecil minyak zaiton
1 cawan susu full cream 
2 sudu besar jus lemon -boleh tambah
6 helai daun pasley
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa

Boleh ditambah cream jika nak kuah yang lebih pekat serta boleh diubah suai resepi ni ikut citarasa masing-masing . Cara masak sos lebih kurang macam nak masak sos bechamel .

CARA MEMASAKNYA :

1) Bersihkan ikan salmon kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan black pepper , perap selama 1 jam . Kemudian panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaiton dan grill ikan salmon sampai masak. Bila ikan dah masak boleh digrill ubi kentang pula sampai lembut serta masak.

2) Potong semua sayur brokoli dan kukus sayur brokoli sekejap saja supaya tidak over cook sebab nanti sayur brokoli jadi terlalu lembut dan lembik . Bersih kan ubi kentang russet dan rebus sampai empuk , tos dan ketepikan dulu .
3) Panas kan semua besar butter dengan minyak zaitun dan biarkan sampai butter cair . Kemudian terus masukkan susu , serbuk lada hitam secukupnya , daun herba pasley yang diracik halus dan kacau kuah  sehingga hampir mendidih .
4) Bila kuah hampir mendidih masukkan garam dan jus lemon secukupnya jika suka lebih masam masukkan lagi jus lemon. Biarkan kuah mendidih dan masak , boleh la ditutup api. Menu ni lebih sedap jika makan sewaktu masih panas .

Ikan salmon di grill dan dimakan dgn sayur-sayuran serta sos lemon mentega .

Wednesday, 5 February 2014

Pizza ayam Hawaiian

Alhamdulillah sedap pizza ni .


BAHAN DOH PIZZA :
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :

1 tin sos speghetti PREGO TRADITIONAL - secukupnya
1-2 ketul dada ayam
1 sudu kecil mix italian herbs
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Cheese monzarella
Cheese cheeder
cili capsicum - potong nipis-nipis
nenas tin - potong kecil-kecil

CARA MASAK TOPPING AYAM :

*Potong bawang besar dan cincang halus bawang putih . Dada ayam dipotong nipis dan dicincang . Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang sampai layu kemudian masukk semua dada ayam dengan mix herbs serta cili capsicum serta garam secukup rasa . Biarkan ayam ni cukup masak tutup api dapur dan ketepikan.

UNTUK DOH PIZZA :

:- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung , tuang bancuhan yis dan air suam kemudian digaul tepung dan boleh dimasukkan air suam . Gaul adunan hingga menjadi doh . Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10 -15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang bersih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 15 -20 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk .

Sapu sos bolognese Prego pada pemukaan doh tadi , kemudian boleh la susun topping ayam dengan cili capsicum , nenas dan last sekali taburkan keju monzarella serta keju cheedar . Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 180'C celcius  sehingga topping masak kekuningan 

Doh pizza yang dah cukup naik ditekan menjadi nipis untuk memenuhi ruang dulang pizza ni kemudian di cucuk dengan garpu . Kemudian boleh dibakar selama 15-20 minit pada suhu 180'C supaya masak .