Pages

Wednesday, 22 February 2012

IKAN SIAKAP KUKUS LADA HITAM

Semalam untuk dinner saya masak ikan siakap ni , sedap dan berkhasiat . Ikan siakap ni memang sedap dimasak apa jenis resepi pun sebab isi ikan ni manis dan agak padat . Saya selalu masak ikan siakap sweet sour atau masak kukus sebab anak-anak dan suami memang suka . Ikan kukus macam ni sedap dimakan dengan nasi atau di ratah macam tu je kan...


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap - dibersihkan
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1-2 inci halia
lada hitam biji secukupnya
daun sup secukupnya
Cendawan tiram secukupnya
Garam secukupnya

BAHAN-BAHAN SOS :

3 sudu besar sos tiram - boleh tambah
1 sudu kecil minyak bijan
CARA MEMASAK :
1) Sediakan periuk kukus , bersihkan ikan siakap dan dipotong 2 kemudian kelar-kelar badan ikan siakap . Kupas semua bawang dan halia kemudian ditumbuk lumat . Gaul semua bahan tumbuk dengan ikan dan boleh la diletakkan ikan dalam mangkuk/pinggan . Masukkan sedikit halia dan bawang ke dalam perut ikan dan gaul ikan dengan garam .
2) Curah kan bahan seasoning dan taburkan lada hitam biji ke atas serta sekeliling ikan siakap . Kalau nak kuah ada rasa masam boleh ditambah air asam jawa secukupnya . Kukus ikan selama 30 - 40 minit atau sehingga ikan cukup masak , bila ikan dah nak hampir masak baru dimasukkan cendawan tiram yang disiat-siat ke dalam mangkuk berisi ikan siakap ni serta biar masak bersama ikan ni .

Ikan siakap sebelum dikukus , saya kukus ikan ni dalam 40 minit sehingga ikan cukup masak..

16 comments:

  1. Resipi macam ini kalau kat umah akak memang laju...sapa lambat memang terkebil-kebil lah biji mata sedap

    ReplyDelete
  2. asslm kak...
    nmpk sedap la menu ni...tpenah makan n cuba lg siakap masak mcm tu...
    bgus juga yea untuk diet...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , mmg sedap menu macam ni cuba la

      Delete
  3. fuyoooo... tengok ikan tu.. perut terus rasa lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke boleh la Khaiza cuba masak ikan macam ni mmg sedap

      Delete
  4. sedap.. dapat buang angin ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la dpt buang angin kan letak banyak halia n lada hitam

      Delete
  5. menu bagus nie,kalau yg nk berdiet....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bagus kan kalau nak diet menu mcm ni paling sihat

      Delete
  6. Replies
    1. mmg betul tu Man , cara masak kukus paling sihatkan

      Delete
  7. salam..singgah petang..
    sy suka mkn mcm ni bila dlm pantang,,nak ikutkan mkn selalu pun x jemukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , mmg sedapkan menu simple macam ni

      Delete
  8. Kak Nanie, tertelan air liuq tgk ikan kukus ni.. tak sabar nak cuba, minta izin nak rujuk resipi yerr... nyumss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila la hehehe Ferr rose ubah suai la resepi ya ikut selera sendiri

      Delete