Pagi Sabtu pun tiba...hari ni saya masak lempeng kelapa...sedap...
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut yg putih
Air secukupnya - ikut pada kepekatan yg kita suka
garam secukupnya - jangan masin sgt
Minyak masak untuk mengoreng
CARA MASAK :
Satukan semua bahan tepung gandum , kelapa parut , air secukupnya dan sedikit garam . Gaul sampai cukup rata pastikan jangan terlalu pekat atau terlalu cair , saya bancuh adunan tepung macam bancuhan untuk pisang goreng . Terpulang pada selera anda nak bancuh adunan untuk lempeng kelapa ni .
Masukkan minyak secukupnya dalam fry pan kemudian tuang adunan tepung dan ratakan adunan menjadi sekata . Tutup frying pan dan biarkan lempeng masak , guna kan api dapur sederhana besar . Terbalikkan lempeng supaya lempeng masak di kedua belah bahagian . Bila dah masak boleh diangkat serta dihidangkan bersama sambal dan kari .
Sila makan...
Lempeng yang baru masak..
Bancuhan lempeng..
Sedap ni... arwah abah haza suke sangat dengan lempeng kelapa ni, klu orang perak gelar Tepek Kelapa... :)
ReplyDeletewaw sedap nyew wat sarapan pagi nih :)
ReplyDelete¡¡Que ricas las tortitas de coco!!, esto si lo puedo hacer tengo todo lo que necesito. Saludos.
ReplyDeleteHuih nampak sedap tu, terlioq pulak malam2 ni, hehe..
ReplyDeleteSalam kenal.
baru makan jugak lempeng macam ni.. ptg sabtu hihihi.. kebetulan jiran pulak bagi kari ikan sardin... sedapppp
ReplyDeletearwah ayah suka sgt ngan lempeng kelapa ni..nak pula makan masih panas2 ..
ReplyDelete