Pages

Tuesday, 29 November 2011

TOMYAM SANTAN UDANG & SOTONG

Tomyam bersantan yang sungguh sedap...

BAHAN A:


6 - 7 ekor sotong saiz besar
10 - 12 ekor udang saiz L atau XL
1 -2 peket kecil cendawan

BAHAN B:


8 sudu besar pes tomyam - boleh tambah
2 biji kiub ayam
1 cawan besar pati santan - boleh tambah
8 biji cili api - dititik - boleh tambah
8 biji limau nipis - ambil jus saja dan boleh ditambah jumlahnya
1 biji bawang besar - dipotong 2
3 inci lengkuas - dipotong nipis
1 biji bawang putih - dititik
2 batang serai saiz besar - dititik
6 helai daun limau purut - dicarik
3 cawan air - boleh ditambah
Baun ketumbar secukupnya - dibersih dengan akar sekali dan diracik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa


*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam , lemak manis dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi . Saya guna pes tomyam jenama ADABI memang sedap la .

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan semua bahan A dan potong ikut cita rasa sendiri.

2) Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam , semua kiub ayam , lengkuas , bawang besar/putih , serai ,cili api dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan jus limau nipis , garam , gula dan kacau dan biarkan sampai kuah tomyam mendidih . Boleh la dirasa jika ada bahan yang kurang boleh ditambah ikut citarasa sendiri . Masukkan daun ketumbar bersama akar dan kacau bagi mesra dengan kuah tomyam ini .

3) Bila dah berpuas hati dengan rasa tomyam ni boleh la dimasukkan santan mengikut citarasa sendiri dan kacau serta biar kuah memdidih . Masukkan sotong dulu dan kacau dalam 1 minit kemudian terus di masukkan udang dan kacau dengan cepat . Bila udang dah bertukar warna dan masak terus tutup api dapur 


4) Terus masuk cendawan dan kacau serta tutup periuk dengan tudung periuk , cendawan akan masak dalam kuah yang panas . Taburkan daun ketumbar yang sudah diracik halus ke atas tomyam ni .

Tomyam bersantan ni sedap dimakan masa kuahnya suam-suam panas , sedap dihirup begitu saja atau dimakan dengan nasi putih dan telur dadar....

Saya beli udang kertas saiz XL mmm baru la puas makan kan hihih , isinya pejal dan manis sangat syukur alhamdulillah..

4 comments:

  1. salam Nannie..wah1 mcm dah terasa2 kemasaman tomyam & keharuman bau daun limau purut nie..udang besau mmg puas mkn :)

    ReplyDelete
  2. askum kak nani...besar btl udang...sedap tue kak msk tomyam..nk jgk...

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah..besar ye udang...memang sesuai sangat dibuat tomyam...makan tak ajak ucu ke...?

    ReplyDelete
  4. to azatie sayang,
    wlksalm hihi mmg sedap tomyam lemak ni , specialnya tomyam sebab bahan-bahan rempah dan herba yg diguna kan , udang besar baru puas dimakan hihih

    to Koalajepong,
    wlksalam yummy memang best udang2 besau2 ni puas makan .

    to Ucu ,
    hihihi besar kan udang tu saja je saya beli yg besar2 baru puas makan . Sila la makan Ucu mari la singgah rumahs aya boleh kita sama2 jamu selera hihi

    ReplyDelete