Pages

Wednesday 9 November 2011

PASTA CANNELLONI BERSOS BOLOGNESE

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saya happy hari ni sebab akhirnya dapat juga saya buat GA pertama di blog masak saya ni . Niat saya anjurkan GA ni hanya la untuk seronok saja dan saya nak ingatkan pada semua follower yang sertai GA ni pastikan anda tinggalkan jejak / link blog anda atau email supaya senang saya nak hubungi anda nanti jika anda berjaya dapat salah satu hadiah yang saya sediakan ni . TQ ya...

Hari ni saya masak  pasta cannelloni dengan sos bolognese . Acctually saya masak pasta ni sama saja macam masak Lasagna atau macaroni bakar . Proses masak dan bahan-bahan sama saja cuma pasta ni bentuknya macam batang paip getah dan ukuran diameter pasta ni sebesar duit syilling 50 sen . Proses nak masak pasta canelloni lama la sikit sebab saya perlu masukkan atau sumbat daging cincang sos bolognese ke dalam pasta canelloni ni . Rasa pasta ni sedap sama macam kepingan pasta Lasagna...memang enak dan anak-anak saya suka sangat la.. 


BAHAN-BAHAN :

1 kotak pasta cannelloni 
2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi - boleh tambah
1 peket daging cincang-boleh tambah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis
Sedikit herba oregano fresh
Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

CARA MASAK SOS BOLOGNESE :
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula daging cincang , herba oregano dan kacau sampai daging masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos bolognese Prego dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
800ml susu segar kotak
1/2 cawan parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa

CARA MASAK SOS BECHAMEL:
Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan , guna api dapur sederhana besar dan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit . Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan parutan cheese cheddar dan serbuk black pepper. Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam . Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak .Boleh ditutup api dapur.

CARA MASAK PASTA CANNELLONI :


- Panaskan oven pada suhu 200'C selama 5-10 minit , sambil tunggu oven panas anda boleh mulakan proses untuk masukkan atau sumbat isi daging dalam sos bolognese ke dalam pasta cannellini dan terus susun pasta ke dalam bekas/loyang pembakar . Buat sehingga habis semua pasta cannelloni ni .


-Kemudian curah semua sos bolognese berselang seli dengan sos bechamel ke atas pasta ni . Pastikan sos dicurah sekata atas semua pasta . 

-Akhir sekali taburkan parutan campuran keju ke atas pasta ni . Tutup pemukaan loyang pembakar dengan aliminium foil tapi tak la perlu tutup terlalu so wap dari pasta masih boleh keluar . Bakar pasta pada suhu 200'C selama 30-40 minit atau sampai pasta masak menjadi lembut .

- Lepas 30 minit pasta dimasak dalam oven boleh la dibuka penutup aliminium foil dan biarkan lapisan atas pasta masak kekuningan .


-Curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir supaya kuah sos bechamel yang sudah mesra bercampur dengan sos bolognese meresap dengan sempurna dalam kepingan pasta canelloni .Kuah bechamel dan sos bolognese yang mendidih masa proses masak dalam oven yang akan masak kepingan pasta ni nanti .

Pasta yang sudah ready untuk dimasukkan dalam oven 


Ini la rupa kotak dan pasta canelloni .


Saya tengok Jamie Oliver masak pasta conelloni di rancangan masak dia di channel TLC di Astro . Memang teliur la juga tengok pasta canelloni yang Jamie masak tu hihi dan saya teringin nak cuba masak sendiri pasta ni . So saya pun pegi cari pasta ni masa shopping groceries di Cold Storage dan hari ni saya dah pun berjaya masak pasta yang besar macam paip getah ni . Best la masak dengan menggunakan bahan baru macam pasta canelloni ni dan lepas ni saya nak cuba masak resepi pasta yang baru dan berbeza pula baru la best kan cuba resepi baru untuk di nikmati dengan family... 

2 comments:

  1. wahh,, sedap nyerr..

    anis suka makan pasta. tapi xreti buat.. huhuu

    ReplyDelete
  2. to arnissa,
    mmg sedap ni nak masak pun tak susah insyallah arnissa boleh masak pasta mcm ni

    ReplyDelete