Pages

Monday, 21 November 2011

IKAN REBUS GORENG

Ikan kembung rebus yang digoreng ni pun juadah tengahari semalam . Juadah favorite suami saya ni . Nak masak ikan rebus goreng ni sangat la mudah yang paling mustahak ikan mesti yang fresh berkilat so bila rebus isi ikan tak hancur . Saya belajar masak ikan rebus ni dari kawan yang asal dari Kelantan , TQ ya Zila . Ikan rebus ni sedap dibiarkan atau diperap dalam air rebusan untuk tempoh sehari so seeloknya bila ikan ni dah masak dan sejuk , ikan ni dipindah dalam bekas lain bersama dengan air rebusan dan disimpan dalam peti sejuk semalam . Besok bila nak goreng ikan ni dikeluarkan lebih awal sedikit dan ditos dahulu sebelum digoreng seperti biasa atau sedikit garing .


BAHAN-BAHAN :

1 kilo ikan kembung segar
3-4 keping asam keping
air secukupnya untuk merebus
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Siang dan bersihkan ikan kemudian dimasukkan semua ikan dalam periuk yang sesuai . Masukkan air sehingga menutupi ikan dalam periuk tadi kemudian masukkan garam secukupnya serta asam keping .

- Bila air rebusan sudah mendidih dan ikan dan masak boleh la ditutup api dapur . Sejukkan dahulu kemudian boleh terus ditos ikan dan digoreng atau boleh disimpan dalam peti sejuk dan bila nak masak baru dibawa keluar untuk digoreng .

Ni la ikan kembung yang sudah masak direbus dengan asam keping dan garam secukupnya . Bila dah masak saya biarkan ikan rebusan ni sampai sejuk kemudian saya pindah semua ikan dengan kuah rebusan ke dalam bekas lain dan ikan ni disimpam semalam dalam peti sejuk . Besoknya pagi-pagi saya keluarkan ikan ni dan digoreng macam biasa . 

10 comments:

  1. suke sangat ikan rebus goreng..
    slalu beli kat pasar jer..tak pernah wat sendiri..
    sekilo RM16...mahal...
    lain kali leh la wat sendiri.. senang jer rupenyer..

    ReplyDelete
  2. as-salam
    suka dgn ikan IKAN REBUS GORENG ..mkn dgn sambal kicap lagi sedap!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Tq share cara nak buat ikan rebus ni kak. At least terjamin kebersihannya...

    Jom lihat 10 Idea Aktiviti Semasa Cuti Sekolah

    ReplyDelete
  4. to mama dhia,
    waa mahalnya juga ya ikan rebus tu . cuba la buat sendiri jimat belanja

    to ady,
    wlsklm mmg betul tu sedap makan ikan rebus goreng dgn sambal kicap

    to qaseh gifts,
    sama2 cuba la buat sendiri mmg bersih

    ReplyDelete
  5. Assalam, K Nannie...
    Nurul suka ikan rebus goreng... biasa beli kat pasar jer ikan rebus ni.. pasnie nak wat sendiri la... :)

    ReplyDelete
  6. kak nanni, ikan rebus ni best lagik kalau belah dua , kecik sikit best sesangat...makan dgn sayur yg dicelur atau sambal pauh..wallaweiiiii....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak Nannie...

    Saya org KB Kelate,seronok tgk resipi2 yg akak masak...n akak ade gak belajar dari kawan2 dari Kelate..ye?hihi...
    sy praktikkan a few of your recipes...alhamdulillah,turn out great! sy harap akak keep on sharing recipes dan pngalaman :) sy doakan ALLAH berkati akak dan famili..
    terima kasih

    ReplyDelete
  8. sedap tu...

    ReplyDelete
  9. Ikan kembung rebus ni mmg sedap..dulu sy selalu beli kat pasar tp selepas dpt tau yg kat pasar tu selalu di buat oleh org2 cina saya dah x beli sbb x tau cara ia disiapkan dan apa bahan yg digunakan ...ermm lepas ni nak buat sendiri..sy dari MELAKA

    ReplyDelete
  10. yg kat pasar tu cina yg buat biasanya, ikan kembung tuu, bukan ikan pelaling. Ianya dikukus kalau x silap.. kalau dpt buat ikan termenung tu lg sedap

    ReplyDelete