Pages

Tuesday 15 November 2011

SARAPAN PAGI SELASA

Sarapan saya dan anak-anak pagi ni , kenyang sampai ke tengahari syukur alhamdulillah..


Nanti saya bagi resepi scramble eggs ni yang memang senang nak dimasak..

RESEPI SCRAMBLE EGGS

4 biji telur
2 sudu besar butter
3 sudu besar susu full cream kotak
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Perlu guna api dapur yang kecil atau sederhana supaya telur masak perlahan-lahan . Boleh juga ditumis dulu bawang besar yang dipotong membulat sehingga layu dan wangi sebelum dimasukkan telur .

CARA MEMASAK :

- Pecahkan semua telur dalam bekas yang sesuai kemudian dipukul sehingga sekata masukkan susu serta serbuk lada hitam , tak perlu pukul lama sangat asal dah sebati telur putih dan merah dah cukup.

- Panaskan kuali guna api dapur yang kecil atau sederhana sahaja dan boleh terus masukkan semua butter tanpa perlu tunggu sehingga kuali betul-betul panas . Kemudian masukkan semua telur yang dah dipukul tadi . Kacau perlahan-lahan dan masukkan garam secukup rasa . Kacau sampai telur masak jika suka boleh dimasukkan parutan keju cheedar . Bila dah masak boleh la di tutup api dapur serta dihidangkan telur scramble ni . 

5 comments:

  1. salah satu fav bfast umi ni kak nannie..memang kenyang

    ReplyDelete
  2. wow...sarapan akak memang sempoi,simple dan sedapsss 3's hihihi

    ReplyDelete
  3. mak aiiii....sadin...sukeeeeeeee.....:)

    ReplyDelete
  4. to intan ,
    mmg sedap dn mudah nak dimasak

    to umi,
    mmg kenyang kan sedap pula tu

    to ina,
    hihihihi sedap dan senang nak dimasak hihi

    to marniazlina,
    mmmmmm yum2 sardin akak sukaaa

    ReplyDelete