Pages

Saturday 5 November 2011

KETAM TUMIS SOS TIRAM & KICAP MANIS

Besok dah nak raya so hari ni mesti ramai yang dah start beli barang-barang dapur untuk nak dimasak buat juadah besok kan . Saya tak masak apa pun sebab kejap lagi nak balik kampung mertua so kami beraya di kampung . Saya hanya tolong mak saja la masak selalunya di kampung mak mertua saya akan masak rendang minang untuk dimakan dengan lemang dan sebelah tengaharinya kami makan nasi macam biasa . Daging korban yang bapa mertua dapat selalunya mak mertua saya akan masak sup atau dimasak lemak cili api hmmm sedap laaa sebab dapat makan masakkan bonda mertua ku pure/asli masakan Nogori satil Minangkabau . Kalau kuah santan tu memang pokat laaaa podehnyoo memang teraso la hihihi maklum la guna cili api burung kampung yang kocik , mak mertua saya memang tanam banyak pokok cili api keliling rumah so senang bila nak masak kutip je , serai pun sama merimbun subur hidup di kebun belakang rumah . Ishhh rindu la pula tak sabar nak balik ni kejap lagi kami nak bertolak balik kampung so nanti saya bersiaran berblog dari Jolobu la ya..

N3 resepi masakan pertama untuk minggu ni , juadah ketam ni saya masak semalam cuma hari ni baru di masukkan dalam blog . Resepi simple saja yang saya masak ikut selera kami sekeluarga so macam biasa resepi saya ni boleh diubah suai ikut selera sendiri ya...


BAHAN-BAHAN:

8 ekor ketam - saiz besar
Daun bawang & ketumbar - diracik
Air secukupnya - anggaran 1 cawan
Asam jawa secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 biji cili merah 

BAHAN-BAHAN SOS:

3 sudu besar sos cili - boleh tambah
5 sudu besar sos tiram - boleh tambah
4 sudu besar kicap manis - boleh tambah
1 sudu kecil sos ikan nampla 
Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos dan diterus kacau sambil rasa jika ada bahan yang terkurang rasa boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta  air secukupnya dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak 


*Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air . Masukkan daun sup atau daun ketumbar dan terus kacau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias .


*Jika kuah agak cair boleh dimasukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung yang digaul rata dengan sedikit air . Masukkan bancuhan ni dan kacau sehingga sos masak menjadi pekat .

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

Sedapnyaaa ketam fresh...


Ketam ni special sikit sebab datang jauh dari Pulau Labuan , suami saya beli di sana masa dia out station beberapa hari yang lepas . Awal subuh sebelum balik KL suami saya ke jeti nelayan di Pulau Labuan sebab nak beli hasil tangkapan nelayan yang fresh . Harga pun murah sekilo RM8 so suami saya beli punya la banyak ketam harga baru RM30 . Suami saya simpan udang , ketam serta sedikit ikan yang dibeli dalam kotak polysterin dan dibungkus elok . Balik naik kapal terbang pukul 7.45 pagi dan ketam ni sampai di rumah saya pukul 11.30 pagi memang timing elok betul terus saya masak . Alhamdulillah sedapnyee makan ketam fresh isinya pejal dan manis .

2 comments:

  1. assalam nanie, sedapnya tgk krtam ni..emmm nak try la..

    ReplyDelete
  2. to lyn at home ,
    wlksalm , mmg sedap yum2 hihi

    ReplyDelete