Pages

Friday, 22 July 2011

Sup cendawan lemak berkrim sedapnyaaaa

Cendawan sup yang sedapppppp sangat kalau nak tau macam mana sedap mesti cuba masak sendiri . Memang sedap sangat la cream of mushroom sup ni lebih sedap dari sup cendawan dalam tin jenama terkenal tu dan memang berbaloi masak sendiri sup cendawan penuh krim ni sebab bahan-bahan yang diguna adalah fresh dan tiada bahan pengawet diguna . Akak buat pula puff guna instant pastry yang disapu dengan butter dan digulung sebelum dibakar sehingga masak ranggup , syukur alhamdulillah sangat-sangat sedap bila sup cendawan dimakan dengan puff pastry ni..

Sup cendawan dengan puff pastry yum yum..

BAHAN-BAHAN:

300grm cendawan white button
1 biji bawang besar
2 cawan air rebusan ayam
1 cawan cream
800ml susu segar - dalam kotak boleh tambah
1/2 sudu kecil serbuk herba thyme
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Akak guna 2 jenis cendawan - white button mushroom dan swiss brown mushroom. Kalau tak ada air  rebusan ayam boleh diganti dengan 2 ketul kiub perisa ayam

CARA MEMASAK :

- Potong semua cendawan kecil-kecil  dan racik bawang besar  . Masukkan ke dalam periuk air rebusan ayam , herba thyme , bawang yang diracik dan cendawan tadi kemudian masak sehingga cendawan menjadi lembut . Kisar sup cendawan ni sehingga hancur .

-Panaskan minyak zaitun dengan butter kemudian masukkan semua tepung dan kacau dengan cepat  sehingga tepung bertukar warna menjadi coklat dan masak pastikan guna api kecil atau sederhana supaya butter dan tepung tidak hangit . Terus masukkan susu , cendawan yang sudah dikisar tadi dan juga cream . Kacau semua bahan ini dan boleh la dirasa jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa .

-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . 

-Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan pastry puff atau roti bakar.

Sup cendawan ni warnanya pucat langsung tak menarik perhatian tapi bila rasa dan makan pula dengan pastry atau roti bakar yang disapu butter hmmmmm aduh duh duhhhhh sedapppppnyaaaa cukup lemak berkrim ishhhhh makan sekali nak tambah banyak kali laaa...

7 comments:

  1. Akak ne wat keliur org la memalam ne...huhuhu. Padahal baru pas makan ne...

    ReplyDelete
  2. surrpp... meleleh air liur sy masuk belog akk..
    *smbil lap2 air liur ^^

    ReplyDelete
  3. selalu juga buat sup cendawan, tapi yang begini belum lagi... perlu dicuba ni...

    ReplyDelete
  4. lama dah tak makan sup cendawan. sesekali mkn mmg best, bila lhat gmbar2 sup cendawan kt cni trasa nk pekena sup cendawan plak

    ReplyDelete
  5. to zyash ,
    hihihi

    to ishiko ,
    ye ke hihi lap cepat air liur tu dah meleleh panjang tu hihih

    to amie,
    cuba la mmg sedappp sgt

    to shameel,
    haa kenagi makan tu ada jual yg instant tapi rasanya tak sesedap yg dimasak sendiri hmmm sedap sgt sup ni

    to teratai,
    ok cepat2 try

    to sekamar rindu,
    wlkslm, alhamdulillah mmg sedap

    ReplyDelete