Pages

Wednesday, 20 July 2011

Nasi dagang

Petang tadi sempat juga akak masak nasi dagang ni sebab special request dari cik abe laling yang nak makan nasi dagang untuk dinner dan anak-anak akak pun memang suka makan nasi dagang dengan gulai ikan aya ni . Bila dah banyak kali masak alhamdulillah akak dah boleh ingat bahan-bahan nak masak nasi dagang , gulai ikan aya dan acar mentah . 

Dah banyak kali akak masukkan resepi nasi dagang ni kiranya kali ni macam n3 ulangan la hihih . Akak selalu/sokmo masak nasi dagang ni sebab nak bagi habis stok beras nasi dagang dan rempah gulai ikan aya yang akak beli masa jalan-jalan ke Kuala Terengganu bulan cuti sekolah bulan Mac yang lepas . Resepi untuk nasi dagang ni akak dah pernah bagi dalam n3 dulu  so kali ni akak C&P je la ya masuk dalam n3 kali ni , ok la selamat malam bye-bye...jumpa lagi esok..

Nasi dagang dimakan dengan acar mentah dan gulai ikan aya


NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras
4 cawan air - kalau nk nasi lebih lembut tambah lagi 1 cawan air 
1 cawan pati santan 
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah saiz besar - dipotong kecil
1 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , halia , halba , bawang merah dan garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

GULAI IKAN AYA

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan tongkol-anggaran 1kg
3-4keping asam gelugor(keping)
1 sudu kecil garam
air secukupnya

Ikan disusun dalam bekas yang sesuai , asam keping disusun dicelah-celah ikan dan dalam perut ikan . Air dituang sedikit dalam mangkuk yang disusun ikan ni . Kukus ikan sehingga masak atau ikan aya ni boleh juga direbus bersama asam gelugor . Simpan air rebusan ikan ni untuk diguna masa masak kuah gulai nanti .

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH GULAI :

3 pati santan 
1 cawan air rebusan ikan tongkol/aya-boleh tambah
3 sudu besar rempah gulai ikan
3 biji cili merah/cili hijau - dibelah 2
3 biji timun kecil - buang empulur tengah n potong
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil belacan-dibakar
garam dan gula secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci lengkuas
1 inci halia
4 biji cili kering-direbus sampai lembut - kalau suka pedas tambah la lagi

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan kerisik kemudian masukkan rempah gulai ikan yang sudah dibancuh dengan sedikit air . Kacau semua bahan sehingga masak dan pecah minyak .

2. Masukkan 1 cawan air rebusan ikan , santan , cili padi dan cili merah , asam gelugor , garam dan gula. Jika nak kuah lebih boleh ditambah lagi santan atau air rebusan ikan . Masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi dan masak gulai hingga kuah pekat. Last sekali masukkan cili merah dan timun . Bila timun layu boleh la ditutup api dapur .


Jelatah atau acar mentah wajib ada bila makan nasi dagang sebab nak bagi balance rasa masam manis acar dengan lemak nasi dagang serta gulai ikan aya .

ACAR MENTAH

BAHAN-BAHAN :

Sebiji timun-dipotong
Sebiji carrot-dipotong
Sebiji bawang besar-dimayang nipis-nipis
1-2 biji cili merah - dipotong kecil-kecil
Garam , gula dan cuka secukupnya

CARA MEMASAK :

Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra .


6 comments:

  1. salam.Kita pun ada ikan aya dalam peti dan memang cadang nak masak gulai.Tapi nasi dagang tu malas sungguh nak buat.laling kita pun suka makan walau pun bukan makanan dia.Minta sepinggan.

    ReplyDelete
  2. Wah!!! Nasi dagang!!! My favourite. hee. :)

    ReplyDelete
  3. ni guna beras ape ek? dulu gua penah makan nasik dagang ngan ayam goreng bungkus pandan, sedap gak

    ReplyDelete
  4. Salam...Akak, saya selalu dengar pasal beras nasi dagang....dia macamana yaaa? ada jual juga ke kat Sel ni?

    ReplyDelete
  5. terliur nye time2 tga pose nh...

    ReplyDelete
  6. to puan ros ,
    hihi boleh kak nanti saya pos sepinggan nasi dagang ni pada akak ya , tq singgah sini.

    to umedia,
    yum2 mmg sedap favorite akak juga nasi dagang ni

    to orlando,
    ni beras nasi dagang la bro , nasinya color coklat2 sikit waa sedp tu pandai bro masak

    to sue,
    wlksalm , beras nasi dagang ni ada 2 jenis kalau yg terengganu warnanya putih biasa cuma bila dh amsak melekek sikit kalau yg kelantan warna berasnya macam ada color coklat sikit, kat selangor ni mungkin ada kot

    to arabella,
    dugaan di bulan puasa byk2 la bersabar bedar pahalanya

    ReplyDelete