Pages

Friday, 15 July 2011

Sarapan pagi Jumaat

Pagi Jumaat hari ni cuaca cukup nyaman sebab hujan lebat mula turun dari pukul 5 pagi di area rumah akak ni dan dalam pukul 9 baru berhenti . Pagi-pagi lagi akak dah bancuh kopi panas sambil tu fikir apa la yang nak dimasak untuk sarapan pagi ni dan terus je akak teringat pada lempeng bila nampak baki dalca yang akak masak semalam dalam peti sejuk . So pagi ni kami sekeluarga makan lempeng cicah dengan sambal sardin dan dalca syukur  alhamdulillah sedapnya .



BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan air - boleh tambah jika adunan terlalu pekat
1 biji telur
Sedikit garam-secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit 

CARA MEMASAK :

Masukkan semua tepung bersama air, santan , garam , telur dan serbuk kunyit dalam bekas yang sesuai dan kacau sampai sekata .

Panaskan frying pan dan masukkan sedikit minyak . Ceduk sesenduk adunan dan ratakan dalam frying pan dan biarkan lempeng masak seeloknya guna api dapur yang kecil . Bila dah masak balikkan lempeng ni dan biarkan kedua-dua belah lempeng masak dengan elok . Kalau nak garing masak la lempeng ni lebih lama tapi jaga jangan sampai hangit pula . Bila dah masak boleh la diangkat lempeng ni .

Ulang proses masak sampai habis adunan tepung ni .


Makan lempeng ni perut kenyang sampai lewat tengahari..

6 comments:

  1. Nanie enak ni...Liz mahu cuba nanti..dtg2 lah keblog Liz ruangan komen agar Liz dpt tengok resepi terbaru..nak cari teman berbicara...tq dear

    ReplyDelete
  2. lamanya hanim tak makan lempeng ni. sedap makan dgn sambal sardin

    ReplyDelete
  3. Adoiiii mau meleleh air liur tengok.... sedapnyeeeeee.. kite xchange link ye kakkk

    ReplyDelete
  4. Liz,
    tq singgah blog saya ni ok boleh saya ada singgah blog liz tapi jadi silence reader saja nxt time saya tegur liz ya

    ReplyDelete
  5. Hanim Roses,
    mmmmm mmg sedap ni senang je nak buat makan dgn sambal sardin n kari yum2

    ReplyDelete
  6. Lieya ,

    yum2 ni sedap ok Lieya boleh jom kita xchange ya link tq

    ReplyDelete