Pages

Tuesday, 5 July 2011

Nasi beriani daging Bombay

Hari ni akak masak briyani daging Bombay guna beras dan rempah yang di bungkus sekali dalam satu kotak jenama Shan . Rasa nasi briyani ni sama macam kat restoran Syeb Bistro kat rumah akak ni la mungkin tukang masak kat restoran tu pun guna rempah yang sama macam akak guna ni kot . Akak tengok dalam rempah briyani Shan ni ada dicampur dengan 5 biji buah prune kering dan rempahnya bau lain sikit harum dan tak sama macam rempah briyani yang biasa akak guna sebelum ni . Akak masak 5 cawan beras memang banyak dapat so kalau tak habis makan akak simpan dan kalau nak makan panaskan saja .  

Nasi briyani daging yang cukup sedap..

(resepi utk 7-8 org)
BAHAN-BAHAN:

5 cawan beras basmathi
6 cawan air rebusan daging
500 grm daging lembu batang pinang
1 cawan susu cair
5 sudu besar minyak sapi
2 biji tomato-dicincang
1 peket serbuk rempah briyani brand Shan
2 helai daun pandan-disimpul

BAHAN TUMISAN :

5 biji bawang merah - saiz besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 biji buah pelaga
1 batang kayu manis-saiz sederhana
1 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih

Bahan bertanda * dikisar sampai halus . Jika air rebusan daging tak cukup 5 cawan boleh la ditambah dengan air biasa.

CARA MEMASAK :


Kupas semua bawang dan halia serta dikisar halus . Basuh beras kemudian di rendam selama 30 minit lepas dah rendam beras di tos dan ke tepi kan dulu , semua tomato dipotong kecil-kecil .


Potong daging menjadi ketulan dan rebus daging bersama 1 sebiji bawang besar yang dibelah 2 . Biar kan daging masak sehingga empuk kemudian tos daging ni dan simpan air rebusan daging untuk kegunaan kemudian.

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi kemudian masukkan buah tomato dan kacau sehingga buah tomato layu . Masukkan pula rempah briyani yang dicampur sedikit air dan kacau semua bahan kemudian biarkan rempah masak sehingga pecah minyak .


Masukkan semua daging dalam rempah briyani yang sudah masak tadi serta kacau sebentar . Masukkan semua air rebusan daging (jika air rebusan daging ni tak cukup 5 cawan boleh la ditambah dengan air biasa)

Masukkan susu cair serta biarkan sampai hampir mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , daun pandan , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi eletrik untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna periuk nasi eletrik serta kacau semua bahan-bahan bagi cukup mesra . 


Bila nasi dah masak boleh la digaul perlahan-lahan nasi bagi sekata dan jangan ditutup suis periuk lagi biarkan dalam 15 minit supaya nasi terus masak . Kacau lagi nasi briyani ni bagi rata dan boleh la ditutup suis periuk nasi ini .

Nasi briyani daging yang dimakan dengan ayam masak merah serta dalca daging , syukur alhamdulillah . Akak tambah ayam masak merah sebab menu favorite anak-anak tu. Dalca daging tu nak bagi balance rasa pedas ayam , nasi berempah dengan manis lemak dari sayur serta santan kuah dalca .


Ni la rupa kotak nasi briyani daging Shan dari Pakistan . Kat dalam kotak memang dah ada 5 cawan beras serta 1 peket rempah . kalau nak ikut resepi dan cara masak ada kat belakang kotak . Akak tukar sikit cara masak nasi briyani ni untuk memudahkan kerja memasak . Akak tambah daun pandan bagi nasi wangi..

16 comments:

  1. Sedapnyaaaaaaaaaaa............ nak sepinggan!

    ReplyDelete
  2. kak nannie..sy nk mntk permission untuk copy resipi blh?mklum la org bujang nk mncbe masak hee

    ReplyDelete
  3. salam kak nannie....tergodaaaanyaaa..aduhh

    ReplyDelete
  4. assalam kak nanie (nama kita sama la) heheh....sedapnya daging berketul2 dlm nasi tu...bestnye...

    ReplyDelete
  5. terseliur rasanya Liz tengok...pasti sedap

    ReplyDelete
  6. sedapnye k.nannie...nk cuba buatlah guna rempah shan ni.kat tesco ada kot ??

    ReplyDelete
  7. wah..macam terbau keharuman nasi tu kak..tgk dalca..fuh..pure

    ReplyDelete
  8. to cheq sue ,
    mai mai rumah akak kita makan sama2 hihih

    ReplyDelete
  9. to cik ila ting ting ,
    ishh akak suka la yg kat ting ting tu cute je hihi.
    buleh ambil la resepi ni cuba la masak kalau suka nasi briyani ni lagi lembab tambah air lagi setengah cawan ya

    ReplyDelete
  10. to Mat Gebu ,
    ye ke Mat terguda hihihi akak lagi la tiap2 hari terguda tgk apa yg Mat masak hmm mengancam , thanks Mat sudi singgah blog akak ni

    ReplyDelete
  11. to Nuwairani ,
    ye la sama la hihi mmmm mmg sedap makan ansi briyani daging ni best daging beketul2 tu la makan nasi saja pun dh sedap

    ReplyDelete
  12. to Liz,
    ye ke Liz haa wajib liz torai masak ni , Liz pun pakar masak juga tu akak rajin gak skodeng blog liz tapi pembaca sepi je hihi segan nak sapa Liz

    ReplyDelete
  13. To mamanajmi,
    mmg sedap cuba2 ,mungkin ada kat tesco akak beli kat cold storage

    ReplyDelete
  14. To suri solehah ,
    dalca pekat tu hihi mmg wangi nasi ni

    ReplyDelete
  15. kak..beli rempah shan tu kat mana

    ReplyDelete
  16. terima kasih atas resepinya puan. :)

    ReplyDelete