Pages

Sunday, 10 May 2015

Tomyam ayam kuah jernih


BAHAN A:

4 ketul dada ayam
1 peket cendawan
2 biji buah tomato ranum
1 biji cili capsicum
10 biji cili api - dititik
1 biji bawang besar
jus limau nipis- secukupnya
2 inci lengkuas
1 biji bawang putih
2 batang serai- dititik
6 helai daun limau purut
1-2 pokok daun ketumbar
air secukupnya
Sos nampla secukup rasa
1 sudu kecil gula

*Semua bahan boleh ditambah atau kurangkan ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan ayam dan potong kecil kemudiam kupas semua bawang , lengkus dan di racik nipis . Masukkan air dalam periuk bersama semua bawang , lengkuas , daun limau purut , serai , cili api dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua cili capsicum yg dipotong kecil .

2) Masukkan semua ayam dulu dan kacau bila ayam dah masak boleh ditambah garam dan gula secukup rasa  . Last sekali masukkan cendawan dan buah tomato yg di potong empat , kacau sekejap sampai cendawan masak dan boleh la dimasukkan daun ketumbar yg diracik nipis serta ditutup api dapur . Ubah suai bahan dan rasa ikut pada citarasa sendiri .

2 comments:

  1. Thank you untuk resepi ni kak. Nak cuba la nanti :) Jemput visit blog saya jugak ye kak :)

    http://naziramiswan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama , ok akak pergi blog nazira

      Delete