Pages

Monday, 28 October 2013

Masak lemak pucuk peria ikan sardin tin

Menu ikan sardin tin campur pucuk peria kambas ni mak mertua saya yang masak masa raya haji yang lepas . Menu istimewa untuk makan tengahari masa raya Haji yang lepas , riuh rendah rumah mertua saya sebab raya Haji kali ni ramai adik beradik suami saya balik kampung termasuk la kami sekeluarga .Selalunya ikan sardin tin mak mertua saya buat sambal tumis tapi kali ni mak mertua saya masak lemak kuning campur dengan daun peria kambas . Alhamdulillah sangat-sangats edap ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 tin besar ikan sardin 
4 santan - kalau tak cukup tambah sikit lagi
3 cm kunyit hidup
8 biji cili api
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping - saiz kecil
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :


Bersihkan daun peria kambas , tumbuk sampai kumat cili api dengan kunyit hidup kemudian titik serai . . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua pucuk daun peria dan garam serta asam keping .  Jika kuah dah cukup masam tak perlu ditambah asam keping . Masukkan semua isi ikan sardin tin dan 1-2 sudu kuah sardin tin ni . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah mendidih dan pucuk peria dah masak boleh la ditutup api dapur .

4 comments:

  1. Assalamualaikum nannie...nampak sedap...

    ReplyDelete
  2. Amboi, sdp je rupanya. Sy tak bape familiar dgn sardin msk lemak tp ade colleague pnh bwk bekal lauk ni. Ya allah, mmg sedap!

    ReplyDelete
  3. rindu nak makan sayur pucuk peria tu.. masa zaman arwah ayah berkebun memang mudah.. nak makan petik je pucuknya... skrg ni mana ada jual kat pasar kan.. hmm.. sajian yg enak bila diganding dengan sardin.. mertua saya pulak sardin digulai lemak dengan nangka muda atau batang lambok (spt keladi.. tp bukan btg keladi sebab lambok batangnya rangup tak lembik)

    ReplyDelete
  4. Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete