Sarapan pagi Isnin , alhamdulillah..
400grm cendawan butang Swiss brown
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 biji bawang putih
2 cawan air
250 ml cream masakan
2 sudu besar butter
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Boleh juga diguna white button mushroom . Boleh jga diletak sedikit kiub ayam .
CARA MEMASAK :
- Potong semua cendawan kecil-kecil dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut . Masukkan sedikit demi sedikit air dan biar sampai mendidih . Bila cendawan dah masak layu boleh ditutup api dapur . Masukkan semua cendawan bersama air sup dan kisar cendawan ni sehingga hancur .
-. Masukkan balik sup cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream maskan dan kacau semua bahan bagi sebati . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa . Jika sup sedikit cair boleh ditambah lagi cream masakan atau jika sup terlalu pekat tambah sedikit susu segar dlm kotak .
-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa
No comments:
Post a Comment