Pages

Thursday, 3 October 2013

Masak rebus ikan bawal emas


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan bawal emas - dibersih
1/2 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
2 ulas bawang putih
3cm halia muda
4 biji buah tomato
1 batang serai
air asam jawa secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

* boleh tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri 

CARA MEMASAK :


Bersihkan ikan dan dipotong 2 kemudian kupas semua kulit bawang , halia dan dimayang nipis . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang serta halia sehingga wangi kemudian masukkan serai yg sudah dititik . Masukkan sos tiram , minyak bijan dan air secukupnya . Kacau semua bahan sehingga sebati dan masukkan buah tomato yg dipotong 4 . Biarkan kuah mendidih dan boleh la dimasukkan ikan bawal emas tadi serta kacau . Masukkan air asam jawa secukup rasa atau 1 asam keping dan kacau semua bahan serta ditutup periuk .

Bila ikan masak serta kuah mendidih boleh la dirasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam dan bahan-bahan lain . Ubah suai bahan ikut selera sendiri . Kacau bagi semua bahan mesra dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

2 comments:

  1. boleh diganti dengan ikan lain seperti kembung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je nak guna apa saja jenis ikan , nak tambah atau kurang bahan pun ikut selera Sue Bee

      Delete