Pages

Wednesday 7 September 2011

RENDANG TOK

Semalam saya masak rendang tok ni , bahan-bahan rendang ni lebih kurang sama saja dengan rendang  daging biasa cuma proses masaknya lebih lama . Kalau ikut resepi asal dimasukkan juga kepingan kecil isi kelapa tapi saya tak guna pun sebab tak dapat nak cari isi kelapa putih tapi kalau nak guna kepingan badam yang digoreng dulu pun boleh juga sebagai ganti kepingan isi kelapa tu . Rendang tok yang saya masak ni kurang gelap warnanya sebab saya tak masak sampai kuah rendang kering . 

Kalau di google cari rendang tok ni memang kita boleh dapat banyak resepi dengan pelbagai versi teknik masak yang berbeza so ikut pada selera kita la nak cuba resepi yang mana . Saya ubah suai resepi dan masak rendang tok ni ikut selera kami sekeluarga .  


Ni la rendang tok yang saya masak dan saya saja tak masak rendang ni sampai kering sebab nak dapatkan kuah rendang ni . Semalam saya beli lemang untuk di makan dengan rendang tok mmm sedapnya , syukur alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :


1kg daging batang pinang
8 sudu besar kerisik
8 cawan santan pekat - boleh tambah
5 biji bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 sudu besar gula melaka


BAHAN-BAHAN A :

1 sudu besar biji ketumbar*
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih*

* Bahan-bahan ni digoreng tanpa minyak sehingga wangi kemudian digisar halus , gunakan api dapur yang kecil atau sederhana besar untuk goreng rempah-rempah ni .


BAHAN B DIKISAR HALUS :


10 biji bawang merah 
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
8 tangkai cili kering- masak sekejap dalam air mendidih


CARA MEMASAK :


1. Bersihkan daging kemudian digaul rata dengan semua bahan-bahan A dan B serta kulit kayu manis , bunga lawang , buah pelaga dan bunga cengkih kemudian diperap selama 2 jam.


2. Selepas 2 jam masukkan daging perap tadi dalam kuali bersama santan dan kacau semua bahan bagi rata  . Bila kuah rendang mendidih serta semakin sikit boleh la dimasukkan kerisik , gula melaka serta garam dan digaul rata semua bahan . Selalu kacau rendang supaya bahagian bawah tak jadi hangit dan gunakan api sederhana besar . Rasa garam jika tak cukup boleh la ditambah lagi .


3. Biarkan kuah rendang daging mereneh sampai kuah menjadi kering dan daging menjadi lembut dan empuk . Kacau semua bahan dan bila dan masak boleh la di tutup api .


Rendang tok yang masih dalam proses masak , proses nak masak rendang ni agak lama lebih kurang dalam 2 - 3 jam dan boleh dimasak sampai kuah rendang jadi cukup kering .

4 comments:

  1. ini idaman sy setiap kali raya...stp thn mak buatkan..hehe...

    kalau xde rendang tok ni...xmeriah raya.. :)

    ReplyDelete
  2. buat sy lapar tgk rendah ini..:-)

    ReplyDelete
  3. to Qaseh,
    mmg sedap la rendang tok , saya pun merasa la rendang tok yg mak saya masa aidilfitri baru-baru ni tu yang buat saya nak masak bila balik rumah sendiri alhamdulillah sedap

    betul tu bila dpt makan rendang kegemaran baru terasa meriah raya kan :)

    ReplyDelete
  4. wow! ini memang menu wajib time raya, makan lak dengan lemang sedapnya aihhh... :)

    ReplyDelete