Assalamualaikum di pagi Jumaat yang cerah dan nyaman ni . Minggu ni saya memang jarang la masukkan n3 tak tau la kenapa mood nak berblog jadi kurang sikit . Tapi alhamdulillah pagi ni ada la pula semangat nak blog balik . So first n3 for today saya masukkan gambar kami anak-beranak jalan-jalan hujung minggu ke Amcorp Mall , favorite Mall saya sebab di situ la saya selalu cuci mata dan melayan hobi mengumpul pinggan mangkuk lama dan antik .Tiap-tiap hari Ahad ada flea market dalam Mall ni so memang bagi saya pengemar porcelian lama/antik pasti akan ke sana untuk tengok apa yang bekenan dan kalau cukup okosnya boleh la beli pinggan mangkuk lama yang bekenan di mata ni.
Mall ni memang tak ramai crowd so saya dan anak-anak selesa sangat window shopping , kedai-kedai yang ada ok ada kedai buku , pakaian dan macam-macam la juga . Kalau ke sini kami mesti singgah makan di Restoran Kapitan sebab nasi ayam dan mee wanton kat restoran ni yang paling sedap pernah kami makan . Portion makanan banyak dengan harga yang sangat berbaloi . Suasana restoran bersih dan selesa so memang every Sunday lunch kami di restoran ni la...jom tengok gambar-gambar yang saya upload ni....
On the way di federal highway hujan laaa dan Mama drive berhati-hati biar lambat asal kami selamat...ohh ya abah outstation so Mama jalan-jalan hujung minggu dengan anak-anak je ok la tapi lagi best kalau abah ada sama kan..
Sampai je kami makan lunch dulu sebab anak-anak dah tak sabar nak makan nasi ayam kat restoran kapitan ni al maklum la bulan puasa kami tak ke sini selama sebulan so memang anak-anak dan saya tersa macam mengidam pula dengan nasi ayam yang memang sedap sangat ni...
Nasi ayam dengan side dishes semuanya sedap yum yum ada sup wonton , taugeh celur dgn sos kicap cair dan sup sayur-sayuran . Hmmm sedap laaa terus saya terasa nak makan nasi ayam ni insyallah hari Ahad ni kami lunch di sana lagi la hehehe...
Ayam goreng yang sangat sedap isinya moist dan tak kering dengan kuah kicap yang sedapppp..
Sambal cili dan sambal halia ni la yang mesti ada kalau nak makan nasi ayam kalau tak ada memang tak best la rasa macam ada yang terkurang je hehehe..
Ni pula mee wonton kering yang Adlina makan cukup sedap yum yum..
Besok dah hari Sabtu dan kemudian Ahad so selamat berhunjung minggu yaa . Mesti ramai yang akan ke rumah terbuka /open house sebab Syawal dah sampai ke penghujungnya...insyallah panjang umur dan sihat tubuh badan kita akan berjumpa dengan Syawal lagi di tahun depan pula , amin...
No comments:
Post a Comment