Semalam saya masak kuah lodeh putih dan lontong ni untuk saya hidangkan kepada tetamu-tetamu yang hadir beraya ke rumah saya ni . Kuah lodeh ni sama saja rasanya dengan kuah lodeh yang biasa warna kuning . Sedap dimakan dengan apa saja jenis sambal tumis selalunya saya suka masak sambal tumis udang kadang-kadang tu saya makan lontong kuah lodeh ni dengan serunding atau rendang alhamdulillah memnag sedap......
Ikut pada kita hendak guna berapa banyak jumlah dan jenis sayur-sayuran . Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan so anda boleh tambah atau kurang jumlah ikut pada citarasa sendiri ya..
BAHAN-BAHAN :
Kacang panjang secukupnya
Bunga kobis
2 biji carrot
1-2 peket tempe - blh tambah
satu ikat kacang panjang
4 biji tauhu - potong dan goreng
campuran suuhun/fucuk secukupnya - direndam
satu ikat kacang panjang
4 biji tauhu - potong dan goreng
campuran suuhun/fucuk secukupnya - direndam
3 biji cili merah - potong menyerong
6 cawan santan cair
6 cawan santan cair
3 cawan pati santan
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
* Boleh ditambah lagi santan cair jika mahu kuah tidak terlalu pekat . Boleh di pelbagaikan lagi jenis-jenis sayur. Boleh juga ditambah udang segar di dalam kuah lodeh ni .
BAHAN-BAHAN DIKISAR :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci lengkuas
200 grm udang kering - direndam dulu
3 batang serai
CARA MEMASAK :
-Bersihkan semua sayur-sayuran dan potong ikut saiz yang sesuai .
-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang dikisar , kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan santan ke dalam periuk , biarkan kuah santan sampai mendidih .
-Masukkan sayur yang keras dulu dan kacau kuah sekali-sekali , kemudian masukkan sayur yang lebih lembut . Kacau kuah lagi serta di masukkan garam , akhir sekali masukkan sayur fucuk/suuhun dan tempe.Biarkan kuah mendidih , bila sayur dah masak boleh la di tutup api dapur .
akak biasa buat kuah lodeh yang dimasukkan kunyit jadi colornya kuning.yang putih lagi sedap ke?
ReplyDeletementua saya masak lodeh putih...so tiap kali raya sy masak resepi ni...suami suka.yg kuning tu biasa...tapi putih ni rasa lebih sedap.cuba lah...sy akan add udang....add kupang pun boleh
DeleteTO ARIZAKIAH ,
ReplyDeleteSAMA LA SAYA SELALU MASAK KUAH LODEH YG KUNING PAKAI KUNYIT , YG PUTIH NI SAYA BELAJAR BUAT DRI KAWAN ORG JOHOR , RASA KUAH LODEH NI SEDAP CUMA TAK ADA RASA KUNYIT LA