Pages

Wednesday, 28 September 2011

SAYUR-SAYURAN DARI KAMPUNG..

Syukur alhamdulillah rezeki kami balik kampung kali ni dapat kutip macam-macam jenis sayur-sayuran yang ditanam oleh mertua saya . Memang menjadi sungguh semua sayur-sayuran yang mertua saya tanam ni mengeluarkan hasil yang banyak . Sampai rumah ada sayur-sayur ni saya bagi pada jiran dana da yang saya simpan untuk dimasak untuk kami makan .

Macam-macam sayur yang saya dan suami kutip untuk kami bawa balik semuanya segar dari kebun mertuaku hehehe...gumbiranya hatiku ni . Saya bawa balik xtra sayur-sayuran ni untuk saya bagi pada kakak dan jiran-jiran . Pagi-pagi Ahad saya dan suami mula kutip sebab kalau kutip lewat pagi sayur-sayuran ni senang layu kalau dibawa balik nanti . Petai tu baru first time berbuah masa saya baru bernikah dulu pokok petai tu rendah lagi pokoknya sekarang ni dah berbuah lebat puas la makan... 


Ni pucuk cemperai sayur ni hanya boleh dijumpai di kampung-kampung di Negeri Sembilan saja . Pokoknya besar dan hanya pucuk dikutip so mertua saya selalu cantas dahan-dahan pokok supaya tunas baru selalu keluar.

Kacang bendi baru dipetik , alhamdulillah semua sayur-sayur yang ditanam subur dan tak perlu disembur dengan racun serangga . 

Petola yang muda dan pastinya isi petola ni mesti la lembut serta manis..


Kacang botor memang banyak la ditanam di sekeliling pagar di rumah mertua , favorite saya ni..


Terung telunjuk..

Kacang panjang yang saya dah masak dan sudah saya masukkan resepinya dalam n3 sebelum ni . Sedap kacang panjang ni fresh dan sangat manis..

Petai yang baru first time dituai hasilnya . 

2 comments:

  1. wah bestnye mcm2 sayur kampung...
    bendi tu dicelur buat ulam pun dh cukup sodap, buat gulai ikan pun best. Terung telunjuk & pucuk cemperai tu kebiasaanye buat masak apa?

    ReplyDelete
  2. to Niza,
    haaaa betul betul tu bendi tu dicelur je mmg sedap mkn dgn sambal belancan kan , terung telunjuk tu masak sambal cili api sedap nanti akak tunjukkan resepinya , pucuk cemperai tu dimasak lemak saja yum2 manis berlemak sayur ni

    ReplyDelete