SELEMBUT DAN SEGEBU BALDU MERAH..
Kek red velvet yang sentiasa cantik dan menawan di mata saya ni , warna merah kek yang sangat menarik perhatian dengan texture kek yang lembut gebu seperti baldu . Patut la kek merah baldu ni menjadi pilihan ramai pemgemar kek . Selepas tertangguh banyak kali akhirnya semalam tertunai sudah hasrat saya nak masak kek ni . Macam biasa bila nak masak kek saja saya mesti rujuk website JoyofBaking.com , semua kek yang saya cuba dari website tu mesti jadi dan sedap syukur alhamdulillah la . Saya bagi link resepi asal DISINI ya dan resepi yang dalam blog saya ni sudah saya translate untuk kemudahan bila nak masak lain kali boleh tengok dalam blog sendiri :)
BAHAN A - DIAYAK
250gm tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus
BAHAN B :
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus
BAHAN B :
113gm butter - suhu bilik
300gm gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur size A
1 cawan buttermilk - 240ml
2 sudu pewarna makanan merah - saya guna 3 sudu
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cuka makanan
* Cara nak buat buttermilk sendiri - 240ml susu full cream dlm kotak dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan . Dikacau rata dan dibiarkan selama 10 minit kemudian kena terus guna ya .

CARA MEMBANCUH ADUNAN :
- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C .
- Ayak semua bahan A dan di ketepikan . Dalam bekas yang sesuai pukul mentega dalam 1-2 minit kemudian masukkan pula gula dan pukul lagi selama 2-3 minit sehingga kembang fluffy. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati dan masukkan semua esen vanilla serta terus pukul bagi semua adunan cukup mesra .
-Campurkan buttermilk dengan pewarna merah dan kacau bagi rata .

- Masukkan bahan A iaitu tepung dengan bancuhan buttermilk tadi berselang-seli dan dikacau/pukul sehingga betul-betul sebati . Dalam bekas kecil masukkan soda bikarbonat dgn cuka dan kacau biar sampai berbuih dan cepat-cepat masukkan dalam adunan tepung tadi kemudian kacau semua adunan bagi rata .
- Masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . Bakar selama 20-15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .
CARA BUAT CHEESE FROSTING :
120 gm gula icing
230 gm mascapone cheese - kalau x ada pn ok
230 gm cream cheese
1 1/2 cawan heavy cream - optional kalau x ada pn ok
1 1/2 cawan heavy cream - optional kalau x ada pn ok
1 sudu kecil esen vanilla
*Boleh ditambah gula icing lagi jika suka manis .
*Boleh ditambah gula icing lagi jika suka manis .
CARA MEMBANCUH CHEESE FROSTING :
1) Pukul semua bahan sehingga kembang dan sehingga sebati . Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga cukup sebagi dan kembang. Kemudian boleh la di sapu atas kek .
Cupcake yang baru masak dan masih panas lagi , cantik sungguh warna merah memikat pandangan mata saya ni dan yang bestnya guna buttermilk texture kek jadi sangat lembut moist la...
Proses nak gaul tepung dengan buttermilk yang sudah dicampur dengan food coloring..
salam kak nanie. cantik warna merah tu. rasa sayang plak nak makan.
ReplyDeletewlksalm hijaudaun , cantikkan warna kek ni hehehe dan mmg sedap
ReplyDeleteAs salam, K Nanie...
ReplyDeletecantik kek cawan baldu merah tu.. kek ni memang sedapp, tapi nurul x pernah lagi try buat... aritu makan yang opismate bg... :)
to nurul,
ReplyDeletecantikkan kek ni n mmg sedap , nurul cuba la sgt mudah nk buat kek ni
as salam,kak nak tanya selalu nye bile akak bancuh 1 aduan ni leh dapat berapa biji cupcake nye....
ReplyDeletesalam...nak tau pewarna yg cntik ni name ape yer...yg liquid atau serbuk?
ReplyDelete